ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

SUV Elektrik Xpeng G7 Didedahkan – Guna Teknologi AI, Capai 702 KM Satu Cas!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Xpeng-G7-EV-China-11.jpg


Pengeluar automotif dari China, Xpeng, memperluaskan portfolio kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran SUV elektrik terbaru, Xpeng G7. Diposisikan lebih tinggi daripada model G6 sebagai SUV elektrik bersaiz sederhana, G7 hadir dengan beberapa inovasi teknologi pertama dalam sejarah jenama ini, termasuk sistem papar pandu realiti terimbuh (AR-HUD) yang dibangunkan bersama Huawei.


Ciri Mekanikal Xpeng G7: Capai 702 KM, 292 HP


Xpeng-G7-EV-China-18.jpgXpeng-G7-EV-China-22.jpg


Xpeng G7 menggunakan platform SEPA 2.0 yang sama seperti G6, dengan sistem bateri 800 volt. Terdapat dua pilihan bateri iaitu 65.8 kWj dan 80.8 kWj, di mana varian bateri lebih besar mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 702 km mengikut piawaian CLTC. Dengan teknologi 800 volt, G7 menyokong pengecasan pantas 5C. Namun begitu, Xpeng belum mendedahkan angka tepat kelajuan pengecasan.


SUV ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang menghasilkan 292 hp (218 kW) dan memacu roda belakang (RWD). Buat masa ini, varian pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor belum ditawarkan, tetapi versi ini dijangka akan diperkenalkan kelak.


Baca: Ini Dia Pesaing Tesla Model Y, SUV Xpeng G6, Ada 2 Varian - Harga Bermula Dari RM167K


Baca: XPeng SEPA3.0: Cas 80% Dalam 12 Minit, Jarak Cecah 1,400 KM!


Rekaan Xpeng G7: Lebih Aerodinamik dan Moden


Xpeng-G7-EV-China-6.jpg


Dari segi reka bentuk, G7 mengekalkan gaya SUV coupe seperti G6 tetapi dengan garis badan yang lebih tajam dan beberapa elemen baharu. Bahagian hadapan menampilkan bahasa reka bentuk “X-Face” generasi kedua dengan bar lampu siang LED penuh lebar dan modul lampu depan berasingan (split design) di bawahnya. Ciri aerodinamik ditambah dengan kehadiran gril hadapan aktif pada bampar bawah.


Xpeng-G7-EV-China-24.jpgXpeng-G7-EV-China-8.jpg


Profil sisi G7 kelihatan moden dengan pemegang pintu rata dan garis bumbung berkecondongan kecil yang membantu meningkatkan aspek aerodinamik kenderaan. Model ini dipasangkan dengan rim 18 atau 20 inci bergantung pada varian. Dari segi warna, enam pilihan warna luaran disediakan termasuk Starry Grey, Crescent Silver dan Interstellar Green.


Xpeng-G7-EV-China-40.jpgXpeng-G7-EV-China-23.jpg


Bahagian belakang G7 tampil berbeza berbanding G6 dengan adanya bar lampu belakang berkelebaran penuh yang bersambung dengan fender dan hujung yang berbentuk seperti huruf C. Reka bentuk pintu but ringkas dengan logo Xpeng dan G7. 


G7 direka dengan saiz badan lebih besar berbanding G6 pada ukuran panjang 4,892 mm, lebar 1,925 mm, tinggi 1,655 mm dan jarak roda 2,890 mm.


Kabin Xpeng G7: Sarat Teknologi Canggih dan Ciri Mewah


Xpeng-G7-EV-China-21.jpgXpeng-G7-EV-China-25.jpg


Kabin G7 menampilkan sistem AR-HUD terbesar setakat ini, berukuran 87 inci pada papan pemuka depan. Sistem ini menyokong navigasi AR dengan panduan persimpangan yang kompleks serta amaran pertukaran lorong secara dinamik menggunakan algoritma penstabilan, pembetulan gangguan (distortion correction) dan penyesuaian kelewatan (latency compensation). Menariknya, tiada kluster meter digital disediakan, menunjukkan keyakinan Xpeng terhadap teknologi AR-HUD yang dihasilkan.


Xpeng-G7-EV-China-38.jpgXpeng-G7-EV-China-30.jpgXpeng-G7-EV-China-31.jpgXpeng-G7-EV-China-29.jpg


Selain itu, G7 menawarkan kemasan dalaman lebih premium berbanding G6. Semua tempat duduk dibalut kulit Nappa berkualiti tinggi dengan fungsi urutan, pemanas dan pengudaraan pada tempat duduk hadapan. Antara ciri lain termasuk skrin infotainmen pusat bersaiz besar, dua pengecas tanpa wayar 50 watt, bumbung panoramik luas, sistem audio 20 pembesar suara, pencahayaan ambien pelbagai warna dan peti tangan berkunci kata laluan.


Xpeng-G7-EV-China-35.jpgXpeng-G7-EV-China-36.jpg


Penumpang belakang juga tidak ketinggalan dengan paparan 8 inci khas yang berfungsi sebagai panel kawalan pendingin hawa, pengecas tanpa wayar dengan penyejuk pada tempat letak lengan, meja lipat dan ruang kabin luas.


Sistem Keselamatan dan Pemanduan Autonomi Terkini


Xpeng-G7-EV-China-5.jpgXpeng-G7-EV-China-20.jpg


Dari segi keselamatan, G7 varian tertinggi Ultra dilengkapi sistem bantuan pemandu XNGP ADAS berasaskan visual sepenuhnya yang dikuasakan oleh cip AI Turing. Sistem ini menyokong fungsi bantuan pemandu tahap tinggi termasuk navigasi autopilot di lebuh raya dan bandar. Walaupun tidak hadir dengan sistem LiDAR atau sensor bukan visual lain, Xpeng mendakwa sistem ini mampu menyokong pemanduan autonomi Tahap 3.


Harga dan Tarikh Pelancaran


Xpeng-G7-EV-China-13.jpgXpeng-G7-EV-China-10.jpg


Penghantaran Xpeng G7 dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini dengan harga bermula dari CNY 235,800 (kira-kira RM139,558). Seperti G6, G7 akan bersaing dalam segmen SUV elektrik bersaiz sederhana dengan model seperti Tesla Model Y, Zeekr 7X dan lain-lain.

Xpeng-G7-EV-China-12.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR5571

SELANGOR

BSN5534

JOHOR

JYT6276

PULAU PINANG

PSA7970

PERAK

APG2359

PAHANG

CFF9175

KEDAH

KGE9043

NEGERI SEMBILAN

NEJ8524

KOTA KINABALU

SJR356

KUCHING

QAB4536N

Terakhir Kemas Kini 30 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

24-09-2025
EV

18-08-2025
EV

15-08-2025
EV

16-04-2025
EV

16-04-2025
EV

04-03-2025
Pandu Uji

24-01-2025
EV

24-01-2025

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.