ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

XPeng G6 Kini Dengan Diskaun RM5,000 Atau Pengecas Wallbox Percuma

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_MA_Launch_Xpeng-G6_-10.jpg


XPeng G6 755 Pro Long Range model 2024 kini dipasarkan dengan tawaran menarik


Bermaz XPeng (BAuto) kini menawarkan promosi eksklusif untuk pembelian crossover elektrik premium, XPeng G6, dalam tempoh terhad dan selagi stok masih ada.


Penjimatan Menarik untuk Model 2024


XPeng G6 diperkenalkan di Malaysia pada Ogos 2024 dengan harga pelancaran bermula daripada RM165,000 untuk 580 Pro dan RM185,000 untuk 755 Pro Long Range, atas jalan, tidak termasuk insurans.


web_Xpeng-G6-promo.jpg


Tetapi sempena kempen promosi kali ini, pelanggan dapat memiliki varian berspesifikasi tinggi, Xpeng G6 755 Pro Long Range dengan pilihan tawaran berikut:


  • Diskaun RM5,000 pada harga pembelian atau
  • Pengecas AC Wallbox 11 kW percuma (bernilai RM5,000)

Pengecasan Sepantas 20 Minit


Sebagai varian paling premium, XPeng G6 755 Pro Long Range hadir dengan bateri NMC berkapasiti 87.5 kWj, membekalkan tenaga kepada motor elektrik pacuan roda belakang (RWD) yang menghasilkan 272 hp dan tork 440 Nm.


web_CariCarz_MA_Launch_Xpeng-G6_-19.jpgweb_CariCarz_MA_Launch_Xpeng-G6_-13.jpg


Dengan gabungan ini, model ini mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam 6.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 200 km/j. 


Dengan bateri penuh, varian ini mampu mencapai jarak perjalanan EV sejauh  570 km (WLTP) atau 755 km (CLTC). 


Dari segi pengecasan, G6 menerima pengecas AC 11 kW dan DC sehingga 280 kW. Menggunakan pengecas pantas, masa yang diambil dari kapasiti 10-80% hanya 20 minit.


Baca: XPeng Perkenal Sistem Pengecas Salur Lebih 1KM Dalam 1 Saat


Model ini hadir dengan fungsi Vehicle-to-Load (V2L), membolehkan tenaga maksimum 3.3 kW dikeluarkan untuk mengecas peralatan elektrik lain.


Teknologi & Ciri Premium di Dalam Kabin


web_CariCarz_MA_Launch_Xpeng-G6_-14.jpg


Menawarkan pengalaman pemanduan premium, XPeng G6 hadir dengan teknologi terkini. Antara yang disediakan di dalam kabin ialah skrin tengah berukuran 14.96 inci dengan sistem operasi Xmart OS dan sambungan 4G. Model ini menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8155 untuk pengalaman yang lancar. 


Sementara itu, paparan instrumen digital 10.2 inci memaparkan semua maklumat pemanduan dengan jelas. 


Model ini turut didatangkan dengan sistem audio Xopera 18 pembesar suara yang mengasyikkan, penyaman udara dwi-zon dengan penapis PM2.5 untuk keselesaan optimum, serta ciri premium seperti bumbung kaca panoramik dan pengelap cermin automatik. 


Tempat duduknya boleh dilaraskan secara automatik dan hadir dengan fungsi pengudaraan dan pemanasan. Untuk kemasan, pelanggan boleh memilih sama ada kulit sintetik hitam atau kelabu. 


Aplikasi telefon pintar juga disediakan, membolehkan pemilik menggunakan kunci Bluetooth serta mengakses pelbagai fungsi telematik.


Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) Canggih


web_CariCarz_MA_Launch_Xpeng-G6_-2.jpg


Untuk keselamatan, XPeng G6 755 Pro Long Range dilengkapi sistem Xpilot 2.5  yang menyokong pelbagai ciri bantuan pemandu. Sistem ini dibantu oleh pemproses Nvidia Orin-X, 5 radar gelombang milimeter, 12 sensor ultrasonik dan 12 kamera pemantauan.


Baca: SUV Elektrik XPeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!


Antara ciri keselamatan penting yang ditawarkan adalah seperti berikut: 

  • Kawalan kelajuan adaptif (ACC) dengan fungsi Stop & Go
  • Bantuan penukaran lorong & pemusatan lorong
  • Pengehad kelajuan automatik
  • Amaran pelanggaran hadapan & brek kecemasan autonomi
  • Sistem pengecaman papan tanda trafik
  • Amaran titik buta & amaran pintu terbuka
  • Amaran pelanggaran belakang & lintasan trafik belakang

web_CariCarz_MA_Launch_Xpeng-G6_-11.jpg

Jika berminat untuk memiliki XPeng G6 755 Pro Long Range dengan promosi eksklusif ini, kunjungi bilik pameran XPeng yang terdekat hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Baca: XPeng G6 2025 Diperkenal – Lebih 80 Peningkatan, Rekaan Lebih Futuristik!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW5196

SELANGOR

BSP6634

JOHOR

JYV9463

PULAU PINANG

PSB9234

PERAK

APH2075

PAHANG

CFG4070

KEDAH

KGF6625

NEGERI SEMBILAN

NEK3049

KOTA KINABALU

SJR7187

KUCHING

QAB7096N

Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

01-10-2025
Kereta Baru

05-03-2025
EV

04-03-2025
Pandu Uji

24-01-2025
EV

24-01-2025

Berita Terkini

EV
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.

21-04-2026
EV
EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?

EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?

Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.

20-04-2026
EV
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham  EV "Bersuara"

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.