Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Jenama kenderaan elektrik (EV) dari China, Avatr, secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11. Pelancaran ini juga mengesahkan kehadiran versi pemanduan sebelah kanan (RHD), menandakan jenama ini telah bersedia untuk memperluaskan jejaknya ke pasaran RHD lain di Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand.
Perbezaan Ketara Versi Singapura & China


Model Avatr 11 ditawarkan pada harga bermula SG$278,999 (anggaran RM973,000), menjadikannya antara EV termahal di Singapura. Berbeza dengan pasaran asalnya di China, Avatr 11 dijual pada harga RMB289,900 (sekitar RM187,000), hampir lima kali ganda lebih murah.
Perbezaan harga yang begitu ketara ini disebabkan oleh dasar pemilikan kenderaan ketat di Singapura, termasuk keperluan mendapatkan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (CoE) yang kini berharga sekitar SG$100,000 (RM349,000), selain bayaran pendaftaran tambahan dan cukai lain.
Spesifikasi Avatr 11

SUV ini berukuran 4,895 mm panjang dengan jarak roda 2,975 mm. Di Singapura, Avatr ditawarkan dalam dua varian iaitu kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) dan kenderaan elektrik bateri (BEV). Versi EREV menggunakan motor elektrik 231 kW (310 hp) di bahagian belakang yang digabungkan dengan enjin petrol 1.5 liter sebagai penjana. Ia dibekalkan bateri LFP 39.05 kWj yang mampu bergerak sejauh 225 km secara elektrik, dengan jarak keseluruhan (gabungan) mencapai 1,065 km.

Sementara itu, versi BEV pula ditawarkan dalam varian pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD). Model RWD menghasilkan kuasa 237 kW (318 hp) dengan jarak pemanduan 815 km, manakala AWD hadir dengan sistem dua motor, yang mana motor kedua menyalurkan kuasa tambahan 165 kW (221 hp) di depan, dengan jarak pemanduan 760 km. Varian AWD boleh membuat pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat, dengan kelajuan maksimum 200 km/j.
Model BEV mengambil masa sekitar 35 minit untuk dicas daripada 0-80%, manakala EREV hanya 15 minit daripada 30-80%.
Teknologi Bantuan Pemandu Terkini

Di dalam kabin, Avatr 11 dilengkapi sistem bantuan pemandu canggih Huawei ADS 3.0 yang mengandungi tiga LIDAR, 11 kamera dan sensor di pelbagai sudut. Sistem ini menawarkan fungsi navigasi autonomi (autopilot) di lebuh raya dan bandar, auto cruise, bantuan parkir serta parkir jarak jauh.
Prestasi Pasaran Avatr
Jenama Avatr secara keseluruhannya telah menyerahkan lebih 10,000 unit kenderaan pada bulan Jun di China. Daripada jumlah tersebut, model Avatr 11 kurang mendapat sambutan, dengan catatan jualan hanya sebanyak 153 unit buat masa ini.
Sumber: CarNewsChina
Baca: Avatr 06 Didedahkan Di China – Kolaborasi Changan, CATL & Huawei
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4425
SELANGOR
BSV1150
JOHOR
JH4055J
PULAU PINANG
PSH4006
PERAK
APM9459
PAHANG
CFJ4079
KEDAH
KGJ8106
NEGERI SEMBILAN
NEM5839
KOTA KINABALU
SJV1814
KUCHING
QAB197Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

