ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga π‘πŒπŸ’πŸ”πŸ—,πŸ–πŸŽπŸŽ

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

Ia yang dipasang secara tempatan di kilang Inokom di Kulim, Kedah dijual pada harga RM469,800. Namun harganya berbeza jika memilih Pakej  BMW Service & Repair Inclusive (BSRI)  iaitu  RM508,200.

Model ini hadir dengan waranti tanpa had perbatuan selama 5-tahun dan paker servis 5-tahun atau 100,000 kilometer (km).

image.png

Menjengah bahagian hadapannya, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu menampilkan kidney grille BMW Iconic Glow tiga dimensi serba baharu. 

image.pngimage.png

Elemen ini digandingkan dengan lampu utama adaptif LED yang dipertingkatkan dengan bantuan lampu tinggi, kini direka 35mm lebih nipis untuk penampilan lebih anggun dan dinamik, manakala, lampu siangnya pula tampil dengan reka bentuk X yang menonjol, diakhiri dengan hujungnya berbentuk anak panah.

Rekaan keseluruhan disempurnakan dengan apron hadapan baharu, corong udara berbentuk segitiga dan salur udara menegak.

image.pngimage.png

Daripada sisi, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu menampilkan rim aloi ringan M bersaiz 21 inci dengan rekaan V-Spoke dan digandingkan dengan brek M Sport. 

image.pngimage.png

Pada bahagian belakang, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu kelihatan memukau dengan lampu belakang yang tirus, tiga dimensi dengan rekaan X yang bergaya, serta apron belakang yang dipertingkatkan, sekaligus menyerlahkan lagi gaya sporty kenderaan ini. 

Ciri luaran standard lain termasuk garisanluaran dan rel bumbung dengan kemasan Satin Aluminium, kemasan kayu halus Fineline Black dengan kemasan logam berkilat tinggi, serta pakej cermin sisi luaran yang dipertingkatkan.

image.pngimage.png

Di bahagian dalam, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu menampilkan suasana yang mewah dan canggih menerusi rekaan semula bahagian kokpitnya. Panel instrumen BMW yang elegan dengan Paparan Melengkung BMW menjadi tarikan utama, menampilkan paparan maklumat 12.3 inci dan paparan kawalan 14.9 inci.

Paparan digital bersaiz besar ini menawarkan antara muka yang lancar untuk akses mudah kepada fungsi penting, di samping mengekalkan gaya moden dan kemas di dalam kabin.

image.pngimage.png

Sementara itu, jalur kemasan yang lebih lebar di atas panel instrumen menyerlahkan susun atur nya yang mendatar, berperanan sebagai latar belakang yang elegan untuk Paparan Melengkung. Penambahan Bar Cahaya di bahagian penumpang hadapan serta elemen kawalan bersepadu di bawah Paparan Utama memberikan sentuhan kemasan tambahan, sekaligus mewujudkan suasana dalaman yang lebih anggun dan sofistikated. Tempat duduk sukan disediakan sebagai ciri standard untuk pemandu dan penumpang hadapan, lengkap dengan pelarasan tempat duduk elektrik serta fungsi memori. Sementara itu, upholsteri β€œSensafin”, iaitu bahan sintetikpremium yang mimik tekstur halus kulit asli, menambahkan sentuhan premium dalam kabin sambil menawarkan keselesaan dan ketahanan β€” disediakan sebagai standard dalam warna hitam.

Selain itu, stereng kulit M menggabungkan kemewahan dan ketepatan bagi memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik dan selesa, manakala pelapik bumbung antrasit M menyerlahkan lagi nuansa sporty dalam SAV ini.

image.png

Ciri dalaman standard lain termasuk sistem bunyi sekeliling Harman Kardon, sistem akses keselesaan, sistem penggera, sistem perjalanan & keselesaan, penyaman udara automatik empat zon, bumbung kaca panorama, bidai suria bergelung untuk tingkap sisi belakang, alas lantai jenis velour dan tempat pengecasan tanpa wayar. Kapasiti ruang bagasi adalah seluas650 liter dan boleh diluaskan sehingga 1,870 liter.

Ia turut menampilkan versi terbaharu sistem kawalan injap boleh laras VALVETRONIC, yang mengurangkan tork geseran enjinsewaktu fasa nyahpecutan sehingga kira-kira dua pertiga, sekali gus membolehkan penjanaan semula tenaga brek yang lebih efisien.

image.png

Gabungan antara sistem hibrid-ringa 48V, unit 3.0 liter ini menjana kuasa maksimum sebanyak 280 kW (381 hp) dan tork mencecah 540 Nm β€” peningkatan kuasa sebanyak 35 kW (47 hp) dan 70 Nm tork berbanding model terdahulu.

Dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan serta sistem pacuan semua roda, rangkaian kuasa ini membolehkan BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam hanya5.4 saat, memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik dan bertenaga di jalan raya.

image.png

Kelajuan maksimum kenderaan ini mencecah 250 km/j, mengukuhkan lagi kebolehannya sebagai jentera berprestasi tinggi.

BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu didatangkan dengan rangkaian komprehensif sistem bantuan pemanduan BMW yang canggih sebagai ciri standard, termasuk Bantuan Pemanduan Profesional dan Bantuan Parkir Profesional. Sistem Bantuan Pemanduan Profesional mengintegrasikanpelbagai ciri berasaskan kamera dan radar, termasuk Bantuan Stereng dan Kawalan Lorong, Bantuan Henti Kecemasan, Bantuan Had Laju Automatik, Bantuan Tukar Lorong, Bantuan Kekal Lorong dengan perlindungan pelanggaran sisi, Amaran Lintasan Trafik di hadapan Ddan banyak lagi 

Daripada segi ketersambungan, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu hadir dengan Kokpit Profesional Langsung BMW yang dipacu oleh Sistem Operasi 8.5 BMW.

Sistem ini menyokong pelbagai mod interaksi β€” daripada Pengawal iDrive dan arahan suara, sentuhan skrin hingga ke Kawalan Pergerakan, memastikan kemudahan penggunaan yang maksimum untuk semua penumpang. 

Sebagai sebahagian daripada sistem akses keselesaan, Kunci Digital Plus BMW baharu disertakan sebagai ciri standard, bersama dengan kunci digital telefon pintar standard, yang membolehkan kenderaan dibuka secara automatik apabila pemandu menghampiri kenderaan

Ciri-ciri ketersambungan standard lain termasuklah Panggilan Kecemasan Pintar, telekhidmat, Perkhidmatan ConnectedDrive, Pakej Sambungan Profesional dan integrasi telefon pintar.

BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu tersedia dalam pelbagai warna luaran, termasuk Mineral White, Black Sapphire, Brooklyn Grey dan Skyscraper Grey. Sementara itu, ruang dalaman hadir dengan upholsteri Sensafin dengan sulaman hiasan dalam warna hitam.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPK7531

SELANGOR

BSG4226

JOHOR

JYD5347

PULAU PINANG

PRS5143

PERAK

ANX9766

PAHANG

CFC6976

KEDAH

KGB4482

NEGERI SEMBILAN

NEG4978

KOTA KINABALU

SJL7824

KUCHING

QAB7044L

Terakhir Kemas Kini 22 Jul, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.11

+0.03

Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru
BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga  π‘πŒπŸ’πŸ”πŸ—,πŸ–πŸŽπŸŽ

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga π‘πŒπŸ’πŸ”πŸ—,πŸ–πŸŽπŸŽ

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025
Kereta Baru
BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru
Wey 80 Cecah 1,000 KM – MPV PHEV Pertama Malaysia?

Wey 80 Cecah 1,000 KM – MPV PHEV Pertama Malaysia?

GWM Malaysia sekali lagi mempertontonkan Wey 80 kepada umum, menerusi sesi pratonton khas di Setia City Convention Centre pada 19 hingga 20 Julai.

21-07-2025
Kereta Baru
GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada  RM120,000

GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada RM120,000

WTCA menayangkan SUV segmen C terbaharunya, GAC Emkoo CKD buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor, baru-baru ini.

20-07-2025
Kereta Baru
Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800

Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800

Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

18-07-2025
Kereta Baru
Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
Kereta Baru
Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP

Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP

Lamborghini Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi (HPEV), Lamborghini Temerario.

15-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

Β© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.