BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.
Ia yang dipasang secara tempatan di kilang Inokom di Kulim, Kedah dijual pada harga RM469,800. Namun harganya berbeza jika memilih Pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) iaitu RM508,200.
Model ini hadir dengan waranti tanpa had perbatuan selama 5-tahun dan paker servis 5-tahun atau 100,000 kilometer (km).

Menjengah bahagian hadapannya, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu menampilkan kidney grille BMW Iconic Glow tiga dimensi serba baharu.


Elemen ini digandingkan dengan lampu utama adaptif LED yang dipertingkatkan dengan bantuan lampu tinggi, kini direka 35mm lebih nipis untuk penampilan lebih anggun dan dinamik, manakala, lampu siangnya pula tampil dengan reka bentuk X yang menonjol, diakhiri dengan hujungnya berbentuk anak panah.
Rekaan keseluruhan disempurnakan dengan apron hadapan baharu, corong udara berbentuk segitiga dan salur udara menegak.


Daripada sisi, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu menampilkan rim aloi ringan M bersaiz 21 inci dengan rekaan V-Spoke dan digandingkan dengan brek M Sport.


Pada bahagian belakang, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu kelihatan memukau dengan lampu belakang yang tirus, tiga dimensi dengan rekaan X yang bergaya, serta apron belakang yang dipertingkatkan, sekaligus menyerlahkan lagi gaya sporty kenderaan ini.
Ciri luaran standard lain termasuk garisanluaran dan rel bumbung dengan kemasan Satin Aluminium, kemasan kayu halus Fineline Black dengan kemasan logam berkilat tinggi, serta pakej cermin sisi luaran yang dipertingkatkan.


Di bahagian dalam, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu menampilkan suasana yang mewah dan canggih menerusi rekaan semula bahagian kokpitnya. Panel instrumen BMW yang elegan dengan Paparan Melengkung BMW menjadi tarikan utama, menampilkan paparan maklumat 12.3 inci dan paparan kawalan 14.9 inci.
Paparan digital bersaiz besar ini menawarkan antara muka yang lancar untuk akses mudah kepada fungsi penting, di samping mengekalkan gaya moden dan kemas di dalam kabin.


Sementara itu, jalur kemasan yang lebih lebar di atas panel instrumen menyerlahkan susun atur nya yang mendatar, berperanan sebagai latar belakang yang elegan untuk Paparan Melengkung. Penambahan Bar Cahaya di bahagian penumpang hadapan serta elemen kawalan bersepadu di bawah Paparan Utama memberikan sentuhan kemasan tambahan, sekaligus mewujudkan suasana dalaman yang lebih anggun dan sofistikated. Tempat duduk sukan disediakan sebagai ciri standard untuk pemandu dan penumpang hadapan, lengkap dengan pelarasan tempat duduk elektrik serta fungsi memori. Sementara itu, upholsteri “Sensafin”, iaitu bahan sintetikpremium yang mimik tekstur halus kulit asli, menambahkan sentuhan premium dalam kabin sambil menawarkan keselesaan dan ketahanan — disediakan sebagai standard dalam warna hitam.
Selain itu, stereng kulit M menggabungkan kemewahan dan ketepatan bagi memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik dan selesa, manakala pelapik bumbung antrasit M menyerlahkan lagi nuansa sporty dalam SAV ini.

Ciri dalaman standard lain termasuk sistem bunyi sekeliling Harman Kardon, sistem akses keselesaan, sistem penggera, sistem perjalanan & keselesaan, penyaman udara automatik empat zon, bumbung kaca panorama, bidai suria bergelung untuk tingkap sisi belakang, alas lantai jenis velour dan tempat pengecasan tanpa wayar. Kapasiti ruang bagasi adalah seluas650 liter dan boleh diluaskan sehingga 1,870 liter.
Ia turut menampilkan versi terbaharu sistem kawalan injap boleh laras VALVETRONIC, yang mengurangkan tork geseran enjinsewaktu fasa nyahpecutan sehingga kira-kira dua pertiga, sekali gus membolehkan penjanaan semula tenaga brek yang lebih efisien.

Gabungan antara sistem hibrid-ringa 48V, unit 3.0 liter ini menjana kuasa maksimum sebanyak 280 kW (381 hp) dan tork mencecah 540 Nm — peningkatan kuasa sebanyak 35 kW (47 hp) dan 70 Nm tork berbanding model terdahulu.
Dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan serta sistem pacuan semua roda, rangkaian kuasa ini membolehkan BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam hanya5.4 saat, memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik dan bertenaga di jalan raya.

Kelajuan maksimum kenderaan ini mencecah 250 km/j, mengukuhkan lagi kebolehannya sebagai jentera berprestasi tinggi.
BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu didatangkan dengan rangkaian komprehensif sistem bantuan pemanduan BMW yang canggih sebagai ciri standard, termasuk Bantuan Pemanduan Profesional dan Bantuan Parkir Profesional. Sistem Bantuan Pemanduan Profesional mengintegrasikanpelbagai ciri berasaskan kamera dan radar, termasuk Bantuan Stereng dan Kawalan Lorong, Bantuan Henti Kecemasan, Bantuan Had Laju Automatik, Bantuan Tukar Lorong, Bantuan Kekal Lorong dengan perlindungan pelanggaran sisi, Amaran Lintasan Trafik di hadapan Ddan banyak lagi
Daripada segi ketersambungan, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu hadir dengan Kokpit Profesional Langsung BMW yang dipacu oleh Sistem Operasi 8.5 BMW.
Sistem ini menyokong pelbagai mod interaksi — daripada Pengawal iDrive dan arahan suara, sentuhan skrin hingga ke Kawalan Pergerakan, memastikan kemudahan penggunaan yang maksimum untuk semua penumpang.
Sebagai sebahagian daripada sistem akses keselesaan, Kunci Digital Plus BMW baharu disertakan sebagai ciri standard, bersama dengan kunci digital telefon pintar standard, yang membolehkan kenderaan dibuka secara automatik apabila pemandu menghampiri kenderaan
Ciri-ciri ketersambungan standard lain termasuklah Panggilan Kecemasan Pintar, telekhidmat, Perkhidmatan ConnectedDrive, Pakej Sambungan Profesional dan integrasi telefon pintar.
BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu tersedia dalam pelbagai warna luaran, termasuk Mineral White, Black Sapphire, Brooklyn Grey dan Skyscraper Grey. Sementara itu, ruang dalaman hadir dengan upholsteri Sensafin dengan sulaman hiasan dalam warna hitam.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRJ1591
SELANGOR
BSS1292
JOHOR
JB3208J
PULAU PINANG
PSE2849
PERAK
APK2975
PAHANG
CFH3085
KEDAH
KGH3320
NEGERI SEMBILAN
NEL2181
KOTA KINABALU
SJT3319
KUCHING
QAB2891P
Terakhir Kemas Kini 29 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat