ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Atto 2 Bakal Dilancar 24 Julai Ini, Yang Penting BYD Atto 2 Tiada Pesaing Dari Jenama EV Lain

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas seminggu mendedahkan imej teaser di Instagram, BYD Cars Malaysia sudah mengesahkan secara rasminya bahawa BYD Atto 2 akan memasuki pasaran Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

Dikhabarkan, BYD Atto 2 akan dilancarkan secara rasminya pada 24 Julai ini manakala bagi yang berminat, anda boleh memandu uji jentera baharu ini mulai 25 hingga 27 Julai ini di Heritage Valley, Kuala Lumpur.

Sepanjang sesi pandu uji itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk anda!

image.pngimage.png

Bagaimanapun, spesifikasi untuk pasaran Malaysia masih belum disahkan, namun kami  menjangkakan BYD Malaysia akan memperkenalkan versi 45 atau 51 kWh, yang kedua-duanya menawarkan jarak lebih 300 KM mengikut piawaian WLTP.

Semua varian Atto 2 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang dipasang di bahagian hadapan, yang mana ia mampu menghasilkan  kuasa setakat 130 kW atau 174 hp dan tork 290 Nm.

Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km hanya dalam masa 7.9 saat, sekali gus menjadikannya antara model paling pantas dalam kelasnya  dan sesuai untuk kegunaan bandar.

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,310 mm (panjang)   dengan jarak roda 2,620 mm, selebar 1,830 mm dan setinggi 1,675 mm. Menerusi ukuran ini, ia menawarkan  ruang kabin yang cukup luas dan praktikal.

Dari segi ruang kabinnya, BYD Atto 2 direka dengan begitu kemas.   Di pasaran lain, varian spesifikasi tinggi hadir dengan skrin infotainmen berputar bersaiz lebih besar iaitu 12.8 inci, pencahayaan ambien, kamera pandangan sekeliling, pengecasan tanpa wayar dan tempat duduknya hadir dengan fungsi pemanasan.

image.pngimage.png

Susun atur dua varian yang serupa dijangka untuk pasaran Malaysia, namun semuanya hanya disahkan semasa pelancaran nanti.

Di China, harga bermula sekitar RM62,000. Namun, dengan dasar harga EV Malaysia yang masih ditetapkan pada RM100,000, harga tempatan pastinya lebih tinggi. Dkhabarkan, Atto 2 dijangka akan dijual pada harga lebih rendah berbanding Atto 3, menjadikannya SUV paling mampu milik dari BYD Malaysia setakat ini.

Apa yang cukup menarik ialah BYD Atto 2 tidak mempunyai pesaing EV dalam saiz mahupun segmennya namun pesaing sengitnya  adalah model enjin pembakaran dalaman (ICE) seperti Proton X50 atau hibrid seperti Chery Tiggo Cross dan Honda HR-V.

Ini memberi peluang jelas kepada BYD untuk menarik perhatian pasaran muda di kawasan bandar yang mencari sesuatu yang berbeza.

Pendek kata, BYD Atto 2 menawarkan gabungan saiz kompak, gaya moden, dan prestasi EV yang tepat untuk menjadikannya pilihan menarik bagi pembeli EV pertama kali.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4934

SELANGOR

BSU3493

JOHOR

JF5210J

PULAU PINANG

PSG3210

PERAK

APM1537

PAHANG

CFH9844

KEDAH

KGJ4157

NEGERI SEMBILAN

NEM2445

KOTA KINABALU

SJU5013

KUCHING

QAB7415P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

11-09-2026
Global
BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Berita Auto
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.

05-08-2026
Berita Auto
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto
Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.

17-03-2026

Berita Terkini

EV
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV
Berapa Harga Perodua QV-E?

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.