China Kenakan Peraturan Ketat Untuk Pedal Tunggal Mulai 2027

Adakah anda arif tentang pemanduan kenderaan elektrik (EV), jika ya, anda pasti tahu tentang one-pedal mode atau pemanduan pedal tunggal!
Seperti sedia makluman, tahap brek regeneratif dalam sesetengah EV yang dijual hari ini adalah begitu luar biasa sehingga ia mampu memperlahankan kenderaan secara efektif selain menghentikan kenderaan dengan sepenuhnya.
Untuk itu, ada pemandu EV yang telah menyesuaikan gaya pemanduan mereka sehingga hampir tidak menyentuh pedal brek langsung.

Sudah tentu, bergantung pada perspektif anda, anda mungkin mendapati fungsi brek regeneratif ini sama ada sangat berguna atau mungkin boleh mendatangkan bahaya?
Berdasarkan pengalaman kami menguji beberapa EV sejak kebelakangan ini, kami dapat melihat kelebihan dan juga risiko fungsi ini serta gaya pemanduan yang diwujudkannya.

Namun, berdasarkan laporan terkini, China yang merupakan negara pengeluar EV terbesar di dunia akan mengetatkan penggunaan ciri itu dan akan memperkenalkan undang-undang baharu yang melarang pengeluar kereta menetapkan mod pemanduan tunggal sebagai sistem lalai (default).

Secara khususnya, ia melibatkan syarat baharu GB 21670-1015, yang menetapkan bahawa pemandu tidak dibenarkan menetapkan EV mereka kepada mod default di mana ia boleh memberhentikan kenderaan sepenuhnya hanya dengan melepaskan pedal pemecut. Namun, ini tidak bermakna ciri ini diharamkan sepenuhnya.
Sementara itu, ada sumber dalam talian menjelaskan bahawa undang-undang baharu ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan, bukannya untuk menambah jarak perjalanan EV. Kebimbangan ini timbul daripada tabiat pemanduan baharu yang mungkin berbahaya yang diwujudkan oleh gaya pemanduan pedal tunggal.

Malah, kajian baharu menunjukkan bahawa sesetengah pemandu EV terlalu bergantung pada kesan brek regen, yang secara tidak langsung menyebabkan tindak balas mereka dalam menggunakan brek menjadi lambat ketika kecemasan apabila kuasa brek lebih daripada regen diperlukan.
Ini bertentangan dengan pendapat sesetengah peminat EV yang berpendapat bahawa pemanduan satu pedal adalah lebih selamat kerana ia menghapuskan kelewatan antara melepaskan kaki kanan dari pedal pemecut dan meletakkannya ke atas pedal brek.
Apapun, piawaian baharu ini akan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa China bermula 1 Januari 2027.

Turut dilaporkan termasuk keperluan baharu untuk lampu brek pada EV menyala apabila kadar nyahpecutan yang dialami oleh sistem pemulihan tenaga melebihi 1.3 m/s².
Ini sekaligus menangani kebimbangan biasa dalam kalangan pemandu di belakang EV di lalu lintas yang mungkin tidak menyedari bahawa EV sedang memperlahankan kenderaan dengan ketara tanpa isyarat lampu brek konvensional.
Walaupun peraturan baharu ini mungkin terhad kepada China, hakikat bahawa negara ini menghasilkan sebahagian besar EV yang dijual di seluruh dunia mungkin menyebabkan perubahan ini turut dirasai secara global.
Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju bahawa mod pemanduan pedal tunggal ini sebenarnya bahaya? Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
