Dilancar: Hyundai Santa Fe Facelift 2025, Harga Bermula Dari RM225K

Selain Hyundai Staria, pihak Hyundai Motor Malaysia juga turut melancarkan secara rasminya Hyundai Santa Fe Facelift 2025 ke pasaran tempatan.
Model yang didedahkan pada hari ini adalah versi import sepenuhnya manakala rancangan untuk membangunkan versi pemasangan tempatan akan dibuat selewat-lewatnya tahun ini.

Bagi pasaran tempatan, Hyunda Santa Fe Facelift 2025 ditawarkan dalam tiga varian:
Berikut perinciannya:
| VARIAN | HARGA |
| 1.6 HEV Prime | RM225,000 |
| 1.6 HEV Prestige | RM245,000 |
| 2.5 Calligraphy | RM270,000 |
Difahamkan, harganya belum termasuk insurans, namun dilampirkan dengan jaminan l8-tahun/160,000 km.
SANTA FE serba baharu mentafsir semula SUV perdana jenama ini dengan reka bentuk yang berani dan cukup agresif. Jarak roda yang lebih panjang, bukaan pintu belakang yang lebih lebar dan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk yang fleksibel memberikan ruang yang luas dan praktikal untuk kegunaan harian.



Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan profil SUV yang agak tinggi. Ia didatangkan dengan lampu LED berbentuk H (lampu depan dan lampubelakang), Bukaan pintu belakang lebar merupakan yang terbesar dalam keluarga Hyundai, Gril kemasan krom dan ada rak bumbung.
Sementara itu, pemegan pintunya pula jenis tersembunyi . Bagi bahagian kabinnya, ia hadir dengan paparan melengkung panorama menggabungkan kluster digital 12.3 inci dan sistem infotainmen.


Malah, papan pemukanya juga berbentuk H selain hadir dengan sistem pengecasan dwiwayarles yang pertama dalam kenderaan Hyundai yang menawarkan kemudahan tambahan untuk penumpang tempat duduk hadapan.

Melihat bahagian kabinnya, ia direka dengan kemasan premium selain hadir dengan lampu ambien dan peningkatan akses kargo belakang melalui bukaan pintu belakang yang dilebarkan
Mengenai rangkaian kuasanya, ia hadir dengan:
○ Petrol pengecas turbo (AWD) 2.5L T-GDi – 281 PS / 440 Nm, transmisi dwiklac 8kelajuan
○ Hibrid (HEV) 1.6L – 235 PS / 367 Nm, transmisi automatik 6kelajuan
Mengenai ciri keselamatannya, ia sebenarnya cukup sarat dengan ciri keselamatan.
Ia dilengkapi dengan Hyundai SmartSense pada semua varian yang termasuk Bantuan Elak Rempuhan Titik Buta, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Ikut Lorong, Kawalan Cruise Pintar dengan Henti & Gerak, Bantuan Elak Rempuhan Lintas Trafik Belakang, Bantuan Keluar Selamat dan Bantuan Lampu Tinggi.
Varian Prime mempunyai Bantuan Elak Rempuhan Hadapan (FCA 1.5) dengan pengesanan membelok pejalan kaki dan penunggang basikal.

Varian Prestige dan Calligraphy termasuk Bantuan Elak Rempuhan Hadapan (FCA 2.0) dengan keupayaan canggih seperti pengesanan langsung kenderaan akan datang, pengelakan pertukaran lorong, bantuan stereng pemandu dan stereng mengelak automatik
Varian Prestige dan Calligraphy juga menawarkan Monitor Pandangan Titik Buta, Bantuan Elak Rempuhan Letak Kereta dan Monitor Pandangan Persekitaran dengan visualisasi 3D dan Mod Sambungan Treler
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQN843
SELANGOR
BSM7096
JOHOR
JYS341
PULAU PINANG
PRY9718
PERAK
APF4734
PAHANG
CFF4641
KEDAH
KGE4827
NEGERI SEMBILAN
NEJ5980
KOTA KINABALU
SJQ4346
KUCHING
QAB3073N
Terakhir Kemas Kini 27 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Tiga Model Facelift Hyundai Dilancar: Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson, Hyundai Staria
Selepas mendedahkan kepada media pada minggu lalu, Hyundai Motor Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya ketiga-tiga model versi facelift, Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson dan Hyundai Staria, di ibu negara sebentar tadi.
02-07-2025
Hyundai Santa Fe 2025 Didedah, Ada 3 Varian, Gaya Macho, Tegap Dan Kemas
Selain Hyundai Tucson 2025, Hyundai Motor Malaysia turut mendedahkan Hyundai Santa Fe 2025, pagi tadi.
24-06-2025
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal
Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.
27-05-2025
Pandang Pertama: Santa Fe Hybrid Max, Versi CKD, 7 Tempat Duduk
Hyundai Santa Fe facelift kini lebih macho.
06-11-2023
Ini Dia 2 Model Yang Boleh Ditempah
HSDM sudah membuka tempahan untuk m Tucson dan versi facelift Hyundai Santa Fe, pada minggu lepas.
06-11-2023
Pelan Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta Baharu
Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) memperkenalkan pelan pembiayaan baharunya yang menawarkan ansuran lebih fleksibel dan berpatutan sehingga sembilan tahun dengan pinjaman pembiayaan sebanyak 90 peratus sempena Sambutan Hari Raya.
11-05-2021
Berita Terkini
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!
Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.
26-02-2026
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?
Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.
24-02-2026
Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800
Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.
13-02-2026
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.
10-02-2026
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia
HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.
10-02-2026
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000
OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.
06-02-2026
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000
OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.
06-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


