ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Hyundai Santa Fe Facelift 2025, Harga Bermula Dari RM225K

Suhana Veru

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_Hyundai-Santa-Fe-Tucson-Staria-Price-Announcement_-1.jpg

Selain Hyundai Staria, pihak Hyundai Motor Malaysia juga turut melancarkan secara rasminya  Hyundai Santa Fe Facelift 2025 ke pasaran tempatan.

Model yang didedahkan pada hari ini adalah versi import sepenuhnya manakala rancangan untuk membangunkan versi pemasangan tempatan akan dibuat  selewat-lewatnya tahun ini.

image.png

Bagi pasaran tempatan, Hyunda Santa Fe Facelift 2025 ditawarkan dalam tiga varian:

Berikut perinciannya:

VARIANHARGA
1.6 HEV PrimeRM225,000
1.6 HEV PrestigeRM245,000
2.5 CalligraphyRM270,000

Difahamkan, harganya belum termasuk insurans, namun dilampirkan dengan jaminan l8-tahun/160,000 km.

SANTA FE serba baharu mentafsir semula SUV perdana jenama ini dengan reka bentuk yang berani dan cukup agresif.  Jarak roda yang lebih panjang, bukaan pintu belakang yang lebih lebar dan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk yang fleksibel memberikan ruang yang luas dan praktikal untuk kegunaan harian.

image.pngimage.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan profil SUV yang agak tinggi. Ia didatangkan dengan lampu LED berbentuk H (lampu depan dan lampubelakang),  Bukaan pintu belakang lebar merupakan yang terbesar dalam keluarga Hyundai, Gril kemasan krom dan ada rak bumbung.

Sementara itu, pemegan pintunya pula jenis tersembunyi . Bagi bahagian kabinnya, ia hadir dengan paparan melengkung panorama menggabungkan kluster digital 12.3 inci dan sistem infotainmen.

image.pngimage.png

Malah, papan pemukanya juga berbentuk H selain hadir dengan sistem  pengecasan dwiwayarles yang pertama dalam kenderaan Hyundai yang menawarkan kemudahan tambahan untuk penumpang tempat duduk hadapan.

image.png

Melihat bahagian kabinnya, ia direka dengan kemasan premium selain hadir dengan lampu ambien dan peningkatan akses kargo belakang melalui bukaan pintu belakang yang dilebarkan

Mengenai rangkaian kuasanya, ia hadir dengan:

○ Petrol pengecas turbo (AWD) 2.5L T-GDi – 281 PS / 440 Nm, transmisi dwiklac 8kelajuan

○ Hibrid (HEV) 1.6L – 235 PS / 367 Nm, transmisi automatik 6kelajuan

Mengenai ciri keselamatannya, ia sebenarnya cukup sarat dengan ciri keselamatan.

Ia dilengkapi dengan Hyundai SmartSense pada semua varian yang termasuk Bantuan Elak Rempuhan Titik Buta, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Ikut Lorong, Kawalan Cruise Pintar dengan Henti & Gerak, Bantuan Elak Rempuhan Lintas Trafik Belakang, Bantuan Keluar Selamat dan Bantuan Lampu Tinggi.

Varian Prime mempunyai Bantuan Elak Rempuhan Hadapan (FCA 1.5) dengan pengesanan membelok pejalan kaki dan penunggang basikal.

image.png

Varian Prestige dan Calligraphy termasuk Bantuan Elak Rempuhan Hadapan (FCA 2.0) dengan keupayaan canggih seperti pengesanan langsung kenderaan akan datang, pengelakan pertukaran lorong, bantuan stereng pemandu dan stereng mengelak automatik

Varian Prestige dan Calligraphy juga menawarkan Monitor Pandangan Titik Buta, Bantuan Elak Rempuhan Letak Kereta dan Monitor Pandangan Persekitaran dengan visualisasi 3D dan Mod Sambungan Treler


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2404

SELANGOR

BSU8098

JOHOR

JG8719J

PULAU PINANG

PSH2047

PERAK

APM7068

PAHANG

CFJ3315

KEDAH

KGJ7023

NEGERI SEMBILAN

NEM4982

KOTA KINABALU

SJU9746

KUCHING

QAB9429P

Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

24-06-2025
Pandu Uji

14-05-2025
Teknologi

15-08-2024
Global

01-12-2023
Kereta Baru

03-10-2023
Global

11-08-2023
Global

18-07-2023
Berita Auto

28-04-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.