ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

SUV RX edisi terhad ini dijual pada harga RM512,888, iaitu RM4,000 lebih mahal berbanding RX 500h F Sport standard yang kini dijual pada harga RM499,888.

Pelancaran itu diumumkan  melalui laman Facebook rasmi dan laman web mereka.

image.png

Difahamkan, model Special Edition ini dihadkan kepada hanya 50 unit dimana ia menerima  sentuhan reka bentuk eksklusif dan kelengkapan tambahan berbanding model standard RX 500h F Sport.

Untuk makluman, ia hadir dengan warna luaran baharu Titanium Carbide Gray, serta pakej eksklusif Black Sport. Pakej ini terdiri daripada kemasan berwarna piano hitam, termasuk pada bampar hadapan dan belakang, serta skirt sisi.

image.pngimage.pngimage.png

Bagi menaikkan seri di bahagian luarannya, model ini juga dilengkapi dengan  lampu puddle khas yang memancarkan logo F Sport ke tanah dan rim aloi matte hitam 21 inci dengan reka bentuk lima jejari yang diperbaharui.

Menjengah bahagian kabinnya, RX Special Edition ini dilengkapi dengan kemasan Aluminium Gelap F Sport, dipadankan dengan upholsteri suede berwarna gelap yang mempunyai embossing corak L Kageri pada tempat duduk hadapan.

image.png

Antara kelengkapan lain ialah ia hadir dengan  stereng kulit tiga jejari F Sport, skrin infotainmen tengah 14 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, kluster instrumen digital 12.3 inci yang lebih kecil, cermin pandang belakang digital, sistem audio Mark Levinson dengan 21 pembesar suara, dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Mengenai trenkuasanya, Lexus RX Special Edition ini menggunakan sistem hibrid (HEV) yang sama seperti model RX 500h F Sport standard, iaitu enjin petrol turbocharged 2.5 liter 4-silinder T24A-FTS. Ia mampu  menghasilkan kuasa setakat 271 HP dan 460 Nm.

Sementara itu,  motor elektrik hadapan yang ada pada model ini   mampu menghasikkan kuasa setakat 86 HP dan 292 Nm.

Bagi motor elektrik di gandar belakang pula menghasilkan 102 HP dan 169 Nm, selain disumbat dengan sistem pacuan semua roda Direct4 (AWD).

Digabungkan dengan transmisi automatik enam kelajuan, RX Special Edition ini menawarkan jumlah kuasa sistem keseluruhan sebanyak 366 HP dan 550 Nm.

image.png

Untuk itu, ia mampu memecut dari  0-100 km/j hanya dalam 6.2 saat. Untuk kawalan lebih baik, ia juga dilengkapi dengan sistem stereng roda belakang (RWS) yang boleh berpusing sehingga empat darjah.

Selain daripada sistem hibrid yang sama, Lexus Malaysia juga menyatakan bahawa RX Special Edition ini menggunakan sistem suspensi yang dinaik taraf. Walaupun tidak banyak butiran dikongsi, kami menjangkakan model khas ini hadir dengan sistem Adaptive Variable Suspension (AVS) eksklusif Lexus, yang juga tersedia pada model RX 500h F Sport standard.

image.png

Bagaimanapun, tiada maklumat dinyatakan mengenai pakej jaminan bagi Lexus RX 500h F Sport Special Edition ini, namun kami menjangkakan ia akan menerima pakej yang sama seperti model standard, iaitu jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan berasingan 8 tahun tanpa had perbatuan untuk bateri hibrid.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1276

SELANGOR

BSS7139

JOHOR

JC4099J

PULAU PINANG

PSE6762

PERAK

APK6459

PAHANG

CFH4494

KEDAH

KGH5347

NEGERI SEMBILAN

NEL4302

KOTA KINABALU

SJT5355

KUCHING

QAB4024P

Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Kereta Baru

22-07-2025
Kereta Baru

23-07-2024
Kereta Baru

10-07-2024
EV

02-07-2024
Kereta Baru

27-05-2024
Berita Auto

09-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.