Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan. Kehadiran HR-V baharu ini memberi nafas segar dengan pembaharuan luaran dan dalaman. Empat varian ditawarkan iaitu 1.5L VTEC S, 1.5L VTEC Turbo E, 1.5L VTEC Turbo V dan 1.5L e:HEV RS, pada harga bermula dari RM115,900.
Pilihan Trenkuasa Pelbagai & Prestasi Dipertingkat

HR-V facelift ini kekal dengan tiga jenis pilihan trenkuasa iaitu VTEC aspirasi natural 1.5L (varian VTEC S) yang mengamburkan kuasa mencecah 119 hp (121 ps) dan 145 Nm, transmisi CVT.
Seterusnya, enjin turbo VTEC 1.5L (varian Turbo E/Turbo V) dengan kuasa 179 hp (181 ps) dan 240 Nm, juga dipadankan dengan transmisi CVT.
Dan varian tertinggi, RS, dikuasakan oleh enjin hibrid e:HEV 1.5L yang menggunakan gabungan motor elektrik dengan enjin petrol 1.5L kitaran Atkonson, menghasilkan 129 hp (131 ps) dan 253 Nm.
Sentuhan Moden & Sporty






Perubahan HR-V versi facelift terserlah di bahagian hadapan yang kini menggunakan gril baharu yang lebih lebar dan rekaan bampar terkini. Lampu depan varian RS kini hadir dengan ciri Active Cornering Lights untuk keselamatan tambahan semasa kenderaan membelok pada waktu malam atau di laluan gelap.
Dari sudut lain, rekaan lampu belakang LED penuh merentangi bahagian belakang, memberikan elemen premium dan moden.

Kesemua varian kini diberikan rim 18 inci dalam dua tona. Rim 18 inci sebelum ini hanya ditawarkan pada varian V dan RS. Rekaan kali ini juga kelihatan lebih menyerlah dengan dua tona, menggantikan satu warna (kelabu) yang digunakan pada versi sebelum ini.
Dua pilihan warna badan baharu kini ditawarkan iaitu Phoenix Orange Pearl dan Crystal Black Pearl, memberikan lebih pilihan kepada pengguna di samping warna sedia ada seperti Stellar Diamond Pearl, Platinum White Pearl dan Meteoroid Gray Metallic.
Kabin Praktikal & Canggih


Ruang kabin model ini memfokuskan kepada keselesaan dan fungsi praktikal. Konsol tengah kini diberikan rekaan semula serta hadir dengan ruang simpanan tambahan di bawah kawalan pendingin hawa, serta terdapat pad pengecas tanpa wayar di bawahnya.


Sistem infotainmen skrin sentuh 8 inci kini telah dikemaskini, dan menyokong Apple CarPlay dan Android Auto secara tanpa wayar.
Ciri lain ialah kluster meter digital bersaiz 7 inci, port USB-C dan USB-A di depan, 2 port USB-C di belakang, sistem "air diffusion" atau sebaran udara yang sekata dan tempat duduk sport dengan logo RS
Sistem Keselamatan Komprehensif: ADAS & Perlindungan Menyeluruh


Dari aspek keselamatan, HR-V 2025 mengekalkan kedudukan sebagai antara SUV kompak paling selamat dengan sistem Honda SENSING yang merangkumi sembilan ciri utama ADAS termasuk Adaptive Cruise Control, Collision Mitigation Braking System, Lane Keep Assist System, Low Speed Follow dan Lane Departure Warning.
Ciri seperti Adaptive Driving Beam dan Active Cornering Light kini disertakan untuk membantu pemandu pada waktu malam.
Ciri lain adalah termasuk kamera Honda LaneWatch, sistem Honda Connect, enam beg udara, Vehicle Stability Assist, Hill Descent Control, Emergency Stop Signal, Rear Seat Reminder, serta sistem peringatan tali pinggang keledar bagi semua tempat duduk.
Harga, Jaminan Pembelian

Harga rasmi HR-V facelift ditawarkan pada harga RM115,900 untuk 1.5L VTEC S, RM130,900 untuk 1.5L VTEC Turbo E, RM137,900 untuk 1.5L VTEC Turbo V dan RM143,900 untuk 1.5L e:HEV RS.
Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tidak termasuk insurans. Harga varian S dan E sama seperti model pra-facelift, manakala varian V dan RS kini RM2,000 lebih mahal berbanding versi terdahulu.
Baca: Honda HR-V Facelift Kini Boleh Ditempah – Rekaan Lebih Moden

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB2664
SELANGOR
BSQ5247
JOHOR
JYX7541
PULAU PINANG
PSC6981
PERAK
APH8905
PAHANG
CFG6748
KEDAH
KGG3423
NEGERI SEMBILAN
NEK5594
KOTA KINABALU
SJS1962
KUCHING
QAB9324N
Terakhir Kemas Kini 06 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini
Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.
11-02-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900
Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.
13-11-2025
Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45
Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.
09-09-2025
SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia
CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.
18-07-2025
Honda HR-V Facelift Kini Boleh Ditempah – Rekaan Lebih Moden
Pasaran SUV segmen B di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan Honda HR-V versi facelift.
01-07-2025
Berita Terkini
Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran
Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.
05-06-2026
Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya
Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.
05-06-2026
BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian
Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.
05-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat