Kereta Paling Laris: Geely Xingyuan Paling Laku Di China

Kembar kepada Proton e.MAS 5, iaitu Geely Xingyuan telah dinobatkan sebagai kenderaan penumpang paling laris di China bagi separuh pertama tahun 2025, baru-baru ini.
Menurut laman berita, CarNewsChina, model hatch EV kompak ini berjaya menewaskan model-model popular lain seperti BYD Seagull dan Tesla Model Y untuk merebut takhta tersebut, selepas berjaya menjual sebanyak 204,940 unit setakat tahun ini.
Pencapaian cemerlang Xingyuan turut menjadikannya satu-satunya model dalam senarai 20 teratas yang berjaya melepasi angka 200,000 unit, berbanding Seagull di tempat kedua (174,912 unit) dan Model Y di tempat ketiga (171,491 unit). Walaupun terlepas kedudukan teratas, Tesla Model Y kekal sebagai EV premium paling laris di China.
Sebaliknya, senarai 20 teratas ini didominasi oleh kenderaan tenaga baharu (NEV), termasuk model popular lain seperti BYD Qin Plus EV di tempat kelima (163,603 unit), Xiaomi SU7 EV di tempat keenam (155,692 unit), dan BYD Song Plus (juga dikenali sebagai Atto 3) di tempat kelapan dengan 137,324 unit.


Antara model bukan NEV yang turut tersenarai dalam 20 teratas termasuk Geely Xingyue L, Nissan Sylphy, Volkswagen Lavida, dan Toyota Camry.
Berbalik kepada Xingyuan, hatch EV kompak ini turut mencapai kejayaan penting apabila melepasi pengeluaran 200,000 unit pada Mei lalu.
Dengan harga permulaan serendah 69,800 yuan (RM41,387) di China, Xingyuan dengan pantas menjadi pilihan utama pembeli baharu, mengatasi pesaing lama seperti BYD Seagull dan juga Hongguang Mini EV yang sebelum ini memegang gelaran EV paling laris di China.

Dikhabarkan, Geely Xingyuan akan dilancarkan di Malaysia dengan nama Proton e.MAS 5. Menampilkan spesifikasi yang hampir sama dengan model di China, e.MAS 5 dijangka menjadi EV paling mampu milik di pasaran, berkemungkinan besar menembusi paras harga bawah RM100,000 apabila ia dilancarkan hujung tahun ini.
Di sebalik itu, adakah Proton e.MAS 5 mampu mengikuti jejak langkah kembarnya dari China untuk menjadi model EV paling laris di Malaysia suatu hari nanti? Kongsikan pendapat anda di Bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN4423
SELANGOR
BST3745
JOHOR
JD4430J
PULAU PINANG
PSF2384
PERAK
APL1676
PAHANG
CFH5927
KEDAH
KGH7933
NEGERI SEMBILAN
NEL6428
KOTA KINABALU
SJT8459
KUCHING
QAB4935P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!
PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.
25-06-2026
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan
Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...
03-06-2026
Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV
Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.
22-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.
30-04-2026
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat