ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kereta Paling Laris: Geely Xingyuan Paling Laku Di China

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kembar kepada Proton e.MAS 5, iaitu Geely Xingyuan telah dinobatkan sebagai kenderaan penumpang paling laris di China bagi separuh pertama tahun 2025, baru-baru ini. 

Menurut laman berita,  CarNewsChina, model hatch EV kompak ini berjaya menewaskan model-model popular lain seperti BYD Seagull dan Tesla Model Y untuk merebut takhta tersebut, selepas berjaya menjual sebanyak 204,940 unit setakat tahun ini.

Pencapaian cemerlang Xingyuan turut menjadikannya satu-satunya model dalam senarai 20 teratas yang berjaya melepasi angka 200,000 unit, berbanding Seagull di tempat kedua (174,912 unit) dan Model Y di tempat ketiga (171,491 unit). Walaupun terlepas kedudukan teratas, Tesla Model Y kekal sebagai EV premium paling laris di China.

Sebaliknya, senarai 20 teratas ini didominasi oleh kenderaan tenaga baharu (NEV), termasuk model popular lain seperti BYD Qin Plus EV di tempat kelima (163,603 unit), Xiaomi SU7 EV di tempat keenam (155,692 unit), dan BYD Song Plus (juga dikenali sebagai Atto 3) di tempat kelapan dengan 137,324 unit.

image.pngimage.png

Antara model bukan NEV yang turut tersenarai dalam 20 teratas termasuk Geely Xingyue L, Nissan Sylphy, Volkswagen Lavida, dan Toyota Camry.

Berbalik kepada Xingyuan, hatch EV kompak ini turut mencapai kejayaan penting apabila melepasi pengeluaran 200,000 unit pada Mei lalu. 

Dengan harga permulaan serendah  69,800 yuan (RM41,387) di China, Xingyuan dengan pantas menjadi pilihan utama pembeli baharu, mengatasi pesaing lama seperti BYD Seagull dan juga Hongguang Mini EV yang sebelum ini memegang gelaran EV paling laris di China.

image.png

Dikhabarkan, Geely Xingyuan akan dilancarkan di Malaysia dengan nama Proton e.MAS 5. Menampilkan spesifikasi yang hampir sama dengan model di China, e.MAS 5 dijangka menjadi EV paling mampu milik di pasaran, berkemungkinan besar menembusi paras harga bawah RM100,000 apabila ia dilancarkan hujung tahun ini.

Di sebalik itu, adakah  Proton e.MAS 5 mampu mengikuti jejak langkah kembarnya dari China untuk menjadi model EV paling laris di Malaysia suatu hari nanti? Kongsikan pendapat anda di Bawah ruangan ini!



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN4423

SELANGOR

BST3745

JOHOR

JD4430J

PULAU PINANG

PSF2384

PERAK

APL1676

PAHANG

CFH5927

KEDAH

KGH7933

NEGERI SEMBILAN

NEL6428

KOTA KINABALU

SJT8459

KUCHING

QAB4935P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

19-06-2026
EV

11-05-2026
EV

10-03-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

05-03-2026
EV

04-02-2026
Berita Auto

02-02-2026

Berita Terkini

EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.