KTMB Tambah 11,340 Tiket ETS Sebab Cuti Sekolah, Cuti Umum

Memandangkan cuti panjang pada Ogos dan September ini sempena cuti sekolah dan cuti umum, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) telah menambahkan sebanyak 11,340 tiket untuk dua perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS).
KTMB berkata, perkhidmatan tren tambahan itu akan beroperasi selama 18 hari bermula 28 Ogos-1 Sept, 5-7 Sept serta 2-21 Sept dan tiket akan dijual mulai hari ini.
“Tren ini akan beroperasi selama 18 hari dan menawarkan 630 tempat duduk sehari, termasuk kemudahan kelas perniagaan. Secara keseluruhan, 11,340 tempat duduk disediakan sepanjang tempoh operasi tren tambahan ini,” katanya.
Menurut KTMB, ETS tambahan akan bergerak dari Padang Besar pada 11.05 pagi dan tiba ke KL Sentral pada 4.30 petang manakala ETS tambahan dari KL Sentral akan bergerak pada 5 petang dan tiba di Padang Besar pada 10.20 malam.
Kenyataan itu memaklumkan perkhidmatan tren tambahan bertujuan menampung permintaan tinggi pada musim cuti umum serta menggalakkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman memilih pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan trafik.

“Langkah ini juga diambil selari dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Julai lepas yang memberi cuti tambahan pada 15 Sept ini. Usaha ini sejajar dengan komitmen KTMB untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam memastikan perjalanan penumpang lebih selesa, lancar dan memenuhi keperluan pengguna,”jelasnya.
Pengguna turut disarankan mendapatkan tiket secara dalam talian menerusi aplikasi KITS Style, versi yang telah ditambah baik dan dilancarkan dua minggu lepas dengan pelbagai kemudahan dalam satu platform digital yang boleh dimuat turun di Play Store, App Store dan AppGallery.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM3976
SELANGOR
BST1768
JOHOR
JC9648J
PULAU PINANG
PSE9843
PERAK
APK9028
PAHANG
CFH5280
KEDAH
KGH6927
NEGERI SEMBILAN
NEL5479
KOTA KINABALU
SJT6608
KUCHING
QAB4432P
Terakhir Kemas Kini 25 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PRN N9: KTMB Tawar Tren Tambahan
Pulang Mengundi Bebas Kesesakan: KTMB Tambah Perjalanan ETS & Komuter.
30-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%
Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!
14-04-2026
Aidilfitri 2026: Jangan Risau Nak Balik Kampung Sebab KTMB Tambah 26 Tren Lagi
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah sebanyak 26 perjalanan tren tambahan bagi tempoh 17 Mac hingga 29 Mac 2026.
02-03-2026
Nak Balik Kampung Sambut Raya Cina, Ramadan? KTMB Tawar Diskaun ETS 20%
KTMB umum diskaun 20% untuk perkhidmatan ETS.
16-02-2026
Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS
Jangan risau nak balik kampung pada tahun ini kerana KTMB sediakan 8 ETS tambahan.
30-01-2026
KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini
KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.
05-01-2026
ETS3 Dari KL-JB, JB-KL Sudah Beroperasi, Tempoh Perjalanan Hanya 4.5 Jam
Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru, sudah pun bermula hari ini.
12-12-2025
Berita Terkini
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya
Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.
23-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat