ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

NextGen-Mazda-CX-5-Teaser-(3).jpg


Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi menjelang pelancaran globalnya yang dijadualkan pada 10 Julai ini.


Rekaan Baharu, Inspirasi CX-60


NextGen-Mazda-CX-5-Teaser-(1).jpgNextGen-Mazda-CX-5-Teaser-(2).jpg


Berdasarkan imej rasmi yang didedahkan, Mazda CX-5 terbaru ini tampil dengan beberapa elemen rekaan yang pernah dilihat pada imej yang pernah bocor sebelum ini. Antaranya, lampu depan LED yang lebih ‘tajam’ dengan dua jalur DRL serta lampu belakang LED yang halus ala Mazda CX-60. 


2026-Mazda-CX-5-Leak.jpgNextGen-Mazda-CX-5-Teaser-(3).jpg


Gambar bocor Mazda CX-5 generasi baharu (kiri) & gambar teaser rasmi (kanan)


Secara keseluruhannya, model ini masih mengekalkan bahasa rekaan Kodo Design yang menjadi identiti Mazda, dengan profil SUV yang anggun dan hud hadapan yang memanjang.


Laporan dari Jepun turut menyebut bahawa CX-5 baharu ini akan tampil lebih panjang sekurang-kurangnya 110 mm berbanding versi semasa. Ini menjadikannya menyamai saiz SUV popular lain seperti Honda CR-V, Toyota RAV4 dan Hyundai Tucson.


Perincian Enjin dan Teknologi


Mazda-Skyactiv-Z-7.jpg


Walaupun Mazda masih merahsiakan banyak maklumat, pengeluar dari Hiroshima itu telah mengesahkan penggunaan trenkuasa Skyactiv-Z yang baharu. Dijangka, CX-5 generasi ketiga ini akan ditawarkan dengan enjin petrol 2.5 liter 4 silinder aspirasi natural serta sistem hibrid untuk memenuhi piawaian emisi yang lebih ketat seperti Euro 7.


Gabungan teknologi elektrifikasi ini turut mengesahkan bahawa model baharu ini akan dipasarkan di Eropah, selain Jepun dan Amerika Utara.


Kekal Sebagai Model Paling Laris Mazda


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-11.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-2.jpg


Mazda CX-5 generasi baharu ini bakal menggantikan model KF yang dilancarkan sejak 2016 dan kini berada dalam versi facelift. Dengan rekod jualan global melebihi 3.5 juta unit, CX-5 kekal sebagai model paling popular Mazda di seluruh dunia.

Baca: Spesifikasi Mazda CX-60 Untuk Pasaran Malaysia Bocor Sebelum Pelancaran

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3970

SELANGOR

BSU4696

JOHOR

JF9061J

PULAU PINANG

PSG5048

PERAK

APM3295

PAHANG

CFJ1491

KEDAH

KGJ4933

NEGERI SEMBILAN

NEM3173

KOTA KINABALU

SJU5950

KUCHING

QAB7659P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
EV

12-02-2026
Global

29-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

23-08-2025
Global

10-07-2025
Kereta Baru

03-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.