Pembeli Tangguh Beli Kereta Sebab Nak Tunggu Diskaun Harga Kereta?

Percaya atau tidak, wujud sesetengah pembeli yang sanggup menangguhkan pembelian kereta semata-mata mahu menunggu potongan harga daripada pengeluar bukan nasional sedia ada dan baharu.
Perkara itu didedahkan Penganalisis RHB Investment Bank, Iftaar Hakim Rosli. Memetik kenyataan beliau di akhbar berita Harian sebagai berkata jualan kereta di Malaysia dijangka mereda.
Ini kerana kebanyakan syarikat pengeluar kereta bukan nasional yang terus berdepan tahap persaingan sengit susulan kemasukan pemain baharu dalam pasaran, khususnya pengeluar kereta dari China.
"Kemasukan berpusu-pusu model kereta baharu dan juga penawaran potongan harga yang agresif mewujudkan persekitaran persaingan yang amat sengit.
"Ini sekali gus meletakkan segmen kereta bukan kebangsaan dalam keadaan tidak stabil," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Mengulas lanjut, beliau berkata syarikat pengeluar kereta utama seperti PERODUA dan Toyota menyaksikan pesanan tertunggak susut masing-masing kepada 90,000 dan 15,000 pada masa ini, daripada paras 100,000 dan 20,000 setahun lalu.
Malahan, katanya kadar kelulusan pinjaman untuk pembelian kenderaan untuk setakat tahun ini jatuh kepada 55 peratus berbanding 58 hingga 63 peratus antara 2022 hingga 2024.

"Ini lantas menandakan syarat-syarat untuk pemberian pinjaman diperketat," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Iftaar Hakim berkata kenaikan harga buat kereta pemasangan tempatan (CKD) masih dalam keadaan tidak menentu.
Menurutnya, jika diimbaskan kembali, pelaksanaan semakan pada duti eksais nilai pasaran terbuka (OMV) ditangguhkan kepada Januari 2026, penangguhan kali keempat yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.
Katanya, walaupun langkah ini memberikan sedikit nafas lega kepada syarikat automotif dengan tempoh lima bulan berbaki sebelum semakan OMV ini dikuatkuasakan, ia masih memberikan tekanan pada rantai bekalan sedia ada untuk bertindak balas.
"Sekiranya tiada pelanjutan diberikan mulai tahun 2026, purata harga duti ini mungkin meningkat sekitar 10 hingga 30 peratus untuk kereta-kereta CKD.
"Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa ia sedang memuktamadkan kaedah penetapan harga dan membayangkan bahawa kenaikan sedemikian mungkin tidak akan berlaku," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isu Full Loan: Ini Kata Penganalisis
Jangan salah faham mengenai isu full loan untuk beli kereta.
15-07-2024
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?
Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.
29-12-2025
Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026
Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.
27-12-2025
Staria CKD Sudah Mula Dijual, Harga Serendah RM179,888.
Hyundai Motor Malaysia (HMY) mendedahkan pihaknya telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) model MPV Staria dimana ia dijual bermula daripada RM179,888.
17-10-2025
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge