ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek ECRL: Terowong Genting 16.39km Diiktiraf Sebagai Terowong Rel Terpanjang di Asia Tenggara

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Kerja penembusan Terowong Genting sepanjang 16.39 kilometer (km)yang  berjaya disempurnakan mengikut jadual di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Bentong, Pahang, menjadikannya sebagai terowong rel terpanjang di Asia Tenggara sebaik ia siap sepenuhnya nanti.

image.png

Susulan itu, The Malaysia Book of Records (MBR) turut mengesahkan pencapaian Terowong Genting iaitu Terowong Rel Terpanjang di Malaysia dan Terowong Rel Dengan Puncak Tertinggi (Highest Overburden), terletak di bawah kawasan pergunungan setinggi lebih 750 meter.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, terowong yang merentasi Banjaran Titiwangsa itu merupakan antara struktur yang paling mencabar daripada keseluruhan 41 terowong sepanjang jajaran ECRL.

"Ini adalah antara komponen paling mencabar dan mahal dalam keseluruhan projek. Namun, ia mampu memendekkan masa perjalanan dari Lembah Klang ke Pahang.

image.png

"Kerja pengorekan sahaja mengambil masa lebih dua tahun untuk disempurnakan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penembusan Terowong ECRL Genting.

Untuk makluman, terowong itu dibina menggunakan kaedah hibrid yang menggabungkan penggunaan Mesin Pengorek Terowong (TBM) serta kaedah gerudi dan letupan.

Loke menyifatkan kejayaan itu sebagai satu pencapaian yang bakal menjadikan Terowong Genting sebagai terowong rel terpanjang di Asia Tenggara, selain menandakan tahap kemajuan projek kini mencecah 85 peratus.

Projek ECRL dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2026 dan perkhidmatan tren bagi laluan Kota Bharu ke Gombak, Selangor dapat beroperasi menjelang Januari 2027, sementara jajaran kedua dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijangka siap setahun kemudian.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6614

SELANGOR

BST4184

JOHOR

JD5281J

PULAU PINANG

PSF2897

PERAK

APL2154

PAHANG

CFH6110

KEDAH

KGH8424

NEGERI SEMBILAN

NEL6731

KOTA KINABALU

SJT8709

KUCHING

QAB5064P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL

Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.

16-06-2026
Berita Auto

31-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.