Rimac Nevera R, 1,989 HP, Ada 4 Motor Elekrik Akhirnya Tewaskan Koenigsegg

Jenama kenderaan elektrik dari Croatia, Rimac, mendedahkan bahawa ia telah melengkapkan satu lagi pecutan mencipta rekod apabila hypercar elektriknya, Rimac Nevera R yang mampu menghamburkan kuasa setakat 1,989 hp serta dipadankan dengan empat motor elektrik telah merampas semula rekod 0-400-0 km/j daripada Koenigsegg.

Difahamkan, mereka telah mengatasi pencapaian itu dengan memecahkan sejumlah 24 rekod prestasi baharu.
Pencapaian kali ini ialah rekod baharu untuk 0-400-0 KM/J. Model asal Nevera pernah mencatat dan memegang rekod ini pada 2019 dengan masa 29.93 saat, namun pesaing dari Sweden, Koenigsegg, menewaskannya pada tahun 2024. Ketika itu, ia yang menggunakan model Jesko Absolut berenjin V8 apabila berjaya mencatatkan masa 27.83 saat.
Bagaimanapun, percubaan rekod terbaharu Rimac itu telah mencetuskan bahang apabila model Nevera R yang dinaik taraf itu Berjaya mencatat masa 25.79 saat iaitu 2.04 saat lebih pantas daripada Jesko dan 4.14 saat lebih laju berbanding model Nevera asal.

Untuk perbandingan, Rimac Nevera R turut mencatat rekod baharu apabila mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 1.72 saat. Ia juga mencatat peningkatan masa untuk pecutan 0-200 KM/J pada 3.95 saat dan 0-300 KM/J pada 7.89 saat. Manakala pecutan 0-400 KM/J itu sendiri mengambil masa 17.35 saat.
Selain itu, Nevera R juga menetapkan rekod baharu bagi kelajuan maksimum EV (V-Max) dengan kelajuan puncak 431.45 KM/J.

“Dalam satu generasi sahaja, kami telah mencipta lonjakan prestasi yang sebelum ini akan mengambil masa berdekad.
"Namun kini, melalui inovasi tanpa henti, Nevera R bergerak lebih pantas, selain mengekalkan sebahagian besar keselesaan dan praktikaliti yang menjadikan Nevera sebuah kereta harian yang benar-benar boleh digunakan,” kata Pengasas dan Ketua Syarikat, Mate Rimac
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP8406
SELANGOR
BST6492
JOHOR
JE1674J
PULAU PINANG
PSF5019
PERAK
APL4364
PAHANG
CFH7180
KEDAH
KGJ732
NEGERI SEMBILAN
NEL8145
KOTA KINABALU
SJU957
KUCHING
QAB5503P
Terakhir Kemas Kini 15 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dahsyat! Ini Rupanya Kereta Terpantas Di Dunia! – 1600HP
Apakah kereta yang terpantas di dunia? Ini pendedahannya...
21-08-2023
Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera
Koenigsegg telah mempamerkan kereta keluaran terbaharu mereka, Jesko Absolut dan Gemera.
10-09-2021
Koenigsegg Sadair’s Spear: Jentera 1,625 HP Yang Dibenarkan Meluncur Di Jalan Raya
Jenama automotif eksklusif dari Sweden, Koenigsegg, baru-baru ini memperkenalkan hypercar terbaharunya yang dinamakan Sadair’s Spear.
27-06-2025
Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera
Koenigsegg telah mempamerkan kereta keluaran terbaharu mereka, Jesko Absolut dan Gemera.
10-09-2021
Berita Terkini
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat