ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

smart #5 EHD Didedahkan – PHEV, Cecah 1,600 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

smart-5-EHD-PHEV-China-1.jpg


Selepas pelbagai khabar angin dan gambar intipan tersebar, smart Automobile, akhirnya memperkenalkan varian hibrid plug-in (PHEV) sulungnya iaitu smart #5 EHD atau “Electric Hybrid Drive”. Model ini adalah versi PHEV kepada model elektrik smart #5 yang dilancarkan kurang setahun lalu di China.


Rekaan Kekal Sama, Ciri Baharu Autonomi Disematkan


smart-5-EHD-PHEV-China-3.jpgsmart-5-EHD-PHEV-China-4.jpg


Dari segi rekaan, smart #5 EHD tidak jauh berbeza dengan versi bateri elektrik (BEV). Masih mengekalkan gaya SUV berkotak dengan elemen reka bentuk yang serupa. Yang berbeza hanyalah penambahan logo “#5 EHD” dan kewujudan penutup tangki minyak pada fender belakang di sebelah kiri menandakan ia sebuah varian PHEV. 


SUV ini turut dilengkapi unit LiDAR di bahagian hadapan, memberi bayangan bahawa model ini mempunyai tahap pemanduan autonomi yang tinggi. Untuk ruang kabinnya, buat masa ini, tiada sebarang pendedahan dibuat. 


Model Terbesar smart


smart-5-EHD-PHEV-China-6.jpg


Apabila dilihat dari segi ukuran, smart #5 EHD ternyata lebih besar berbanding versi elektrik sepenuhnya, dengan dimensi sepanjang 4,705 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,710 mm dan jarak roda 2,900 mm. Ia 5 mm lebih tinggi daripada versi EV, sekaligus menjadikannya model terbesar dalam portfolio kereta smart. Beratnya pula mencecah 2,190 kg.


Cecah 1,600 KM


smart-5-EHD-PHEV-China-2.jpg


Model ini menjanjikan jarak pemanduan gabungan sehingga 1,600 km dan jarak elektrik sejauh 250 km. Menurut smart, kadar penggunaan bahan api pula hanya 4.4 liter bagi setiap 100 km.


Sistem hibrid ini dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.5 liter 4 silinder dari Geely yang menghasilkan tenaga sebanyak 161 hp (120 kW). Walaupun butiran lengkap komponen elektrik tidak didedahkan, CarNewsChina melaporkan bahawa model ini akan menggunakan bateri LFP berkapasiti melebihi 40 kWj yang dibekalkan oleh CATL, kapasiti yang agak besar untuk sebuah PHEV.


Sebagai perbandingan, smart #5 versi elektrik ditawarkan dengan bateri LFP 76 kWj atau bateri ternari 100 kWj, membolehkan jarak pemanduan sehingga 740 km (mengikut piawaian CLTC).


Strategi Baharu smart Untuk Pasaran China


smart-5-EHD-PHEV-MIIT-CarNewsChina-2.jpgsmart-5-EHD-PHEV-MIIT-CarNewsChina-1.jpg


Menurut CarNewsChina, pelancaran versi PHEV ini hadir sebagai respon kepada rekod jualan domestik smart yang kurang memberangsangkan pada 2024, dimana hanya 33,427 kenderaan berjaya dijual, menandakan penurunan 19.37% berbanding tahun sebelumnya.


Dengan peningkatan minat terhadap PHEV dan kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di China, smart #5 EHD mungkin menjadi penyelamat buat jenama ini untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran yang cukup kompetitif.

Foto: CarNewsChina, smart China Weibo

Baca: smart #5 Brabus EV Paling Berkuasa Jenama Setakat Ini Diperkenalkan

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP459

SELANGOR

BST4806

JOHOR

JD6763J

PULAU PINANG

PSF3594

PERAK

APL2842

PAHANG

CFH6401

KEDAH

KGH9073

NEGERI SEMBILAN

NEL7128

KOTA KINABALU

SJT9182

KUCHING

QAB5253P

Terakhir Kemas Kini 07 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

10-02-2026
Berita Auto

24-12-2025
Kereta Baru

21-10-2025
EV

02-09-2025
EV

14-02-2025
Global

08-01-2025
EV

15-08-2024
EV

07-08-2024

Berita Terkini

Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.