ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

SUV Mitsubishi Destinator Diperkenalkan, Khas Untuk ASEAN – Mungkin Tiba Di Malaysia?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_press_Mitsubishi-Destinator_PR_-2.jpg


Mitsubishi Jepun memperkenalkan secara rasmi model pengeluaran untuk DST Concept yang sebelum ini pernah mencuri tumpuan ramai. Dikenali sebagai Mitsubishi Destinator, SUV tiga baris ini kekal setia dengan identiti asal, tiga baris tempat duduk, pacuan roda hadapan (FWD) selain direka khas untuk pasaran ASEAN, sekaligus memberi bayangan bahawa Destinator turut berpotensi memasuki pasaran Malaysia. 


Direka Untuk ASEAN, Platform SUV B Xforce


web_press_Mitsubishi-Destinator_PR_-1.jpg


Sistem FWD yang digunakan turut secara tidak langsung menunjukkan bahawa ia akan dibina berasaskan platform sama seperti  SUV segmen B Mitsubishi Xforce. Aspek luarannya banyak mengekalkan elemen 'garang' DST Concept seperti garis badan yanng tegap, pelindung badan (cladding) berwarna hitam, serta rekaan lampu LED penuh di depan dan belakang yang diinspirasikan daripada Xforce.


Kabin Praktikal 


web_press_Mitsubishi-Destinator_PR_-5.jpgweb_press_Mitsubishi-Destinator_PR_-6.jpgweb_press_Mitsubishi-Destinator_PR_-10.jpg


Dari segi saiz, Mitsubishi Destinator berukuran 4,680 mm panjang, 1,780 mm tinggi  dan 1,840 mm lebar, dengan jarak antara roda 2,815 mm. Ini boleh diterjemahkan kepada ruang kabin tiga baris yang cukup luas untuk tujuh penumpang. Jarak kelegaan tanahnya pula mencecah 214 mm.


Dari segi praktikaliti, tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat rata, menjadikan ruang simpanan lebih luas untuk membawa barangan yang bersaiz besar. 


Mitsubishi melengkapkan SUV ini dengan pelbagai ciri moden seperti skrin infotainmen 12.3 inci, panel meter digital 8 inci, pencahayaan ambien unik, bumbung suria panorama serta sistem audio Yamaha. 


Enjin Turbo Lebih Bertenaga, Lima Mod Pemanduan


web_press_Mitsubishi-Destinator_PR_-8.jpgweb_press_Mitsubishi-Destinator_PR_-4.jpgweb_press_Mitsubishi-Destinator_PR_-7.jpg


Dari segi mekanikal, Mitsubishi Destinator menampilkan enjin 1.5 liter turbo 4 silinder MIVEC yang telah dipertingkat untuk menghamburkan kuasa 161 hp dan tork 250 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Lima pilihan mod pemanduan turut disediakan, sementara sistem suspensi telah diberikan diolah untuk keselesaan lebih baik walaupun melalui jalan tidak rata.


Ciri Keselamatan ADAS Yang Canggih


Mitsubishi Destinator turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang komprehensif serta teknologi separa autonomi Tahap 2.


Kemungkinan Tiba Di Malaysia


web_press_Mitsubishi-Destinator_PR_-3.jpg


Selepas pengenalan maya ini, Mitsubishi Destinator bakal diperkenalkan kepada umum di Gaikindo Indonesia International Auto Show pada 23 Julai. Jualan di Indonesia akan bermula pada hari sama, dengan model CKD tempatan menjanjikan harga yang kompetitif. 


Model ini turut dijadualkan akan diperkenalkan secara serentak di Vietnam dan Filipina pada hari sama. Walaupun belum ada pengesahan untuk Malaysia, tidak mustahil Destinator bakal menembusi pasaran tempatan sebagai SUV keluarga baharu. 

Baca: Mitsubishi Grandis Dihidupkan Semula Sebagai SUV Hibrid, Eksklusif Pasaran Eropah

web_press_Mitsubishi-Destinator_PR_-9.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP459

SELANGOR

BST4806

JOHOR

JD6763J

PULAU PINANG

PSF3594

PERAK

APL2842

PAHANG

CFH6401

KEDAH

KGH9073

NEGERI SEMBILAN

NEL7128

KOTA KINABALU

SJT9182

KUCHING

QAB5253P

Terakhir Kemas Kini 07 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

17-07-2025
Global

25-10-2024
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

05-02-2026
Kereta Baru

03-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Global

20-03-2025

Berita Terkini

Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.