Teaser Supercar GWM Tular – Enjin V8 PHEV, 'Menakutkan' Yangwang U9

Syarikat automotif China, Great Wall Motors (GWM), yang sebelum ini terkenal dengan SUV 4x4, crossover urban dan kenderaan elektrik (EV) yang unik, kini melangkah masuk ke dalam segmen supercar selepas mendedahkan imej acah (teaser) model supercar pertamanya di China baru-baru ini.
Imej Misteri Supercar GWM Tular di Weibo

Melalui laman rasmi Weibo, GWM memuat naik gambar supercar baharu yang masih tersembunyi di sebalik kain hitam, dengan beberapa eksekutif tertinggi termasuk Pengerusi GWM, Wei Jianjun, berdiri berhampiran model rahsia tersebut. Supercar ini dikatakan bakal menjadi pesaing kepada Yangwang U9, model popular daripada syarikat pesaingnya, BYD.
Sentuhan EV Ora & Inspirasi Porsche
Jika diperhatikan dengan teliti, reka bentuk supercar ini menyerupai EV Ora selain sentuhan yang diinspirasikan daripada model mewah Porsche. Terlihat jelas rekaan lampu depan yang bulat, hud depan yang bersegi dan bentuk badan sebuah supercar yang aerodinamik.
Selain itu, pada fender belakang terdepat corong udara besar menjadi petanda bahawa supercar ini menggunakan enjin tengah, sepertimana kebanyakan supercar lain. Kedudukan enjin sebegini membantu meningkatkan prestasi aerodinamik dan cengkaman pemanduan pada kelajuan tinggi.
Sistem Hibrid Plug-Ini Dengan Enjin V8

Berbeza dengan Yangwang U9 yang menggunakan kuaasa elektrik sepenuhnya, supercar GWM bakal dilengkapi dengan sistem kuasa hibrid plug-in (PHEV) yang menggabungkan enjin V8 4.0 liter yang dibangunkan sendiri oleh GWW, dedah portal automotif, CarNewsChina. Enjin V8 ini pertama kali dipertontonkan di Auto Shanghai pada April lalu, namun pihak GWM masih merahsiakan spesifikasi teknikalnya buat masa ini.
Projek Supercar GWM Sejak 2021

Menurut Ketua Pegawai Teknologi GWM, Wu Huixiao, pembangunan supercar ini telah dimulakan sejak 2021, namun prosesnya memakan masa agak lama kerana GWM perlu membuat perubahan dari masa ke masa dalam usaha untuk mengawal perbelanjaan yang dikeluarkan.
Apa Yang Boleh Dijangkakan Daripada Supercar Pertama GWM Ini?

Jika GWM menggunakan Yangwang U9 sebagai penanda aras, prestasi supercar ini dijangka cukup tinggi, memandangkan model pesaingnya itu menggunakan konfigurasi empat motor yang mampu menghasilkan 1,287 hp dan tork 1,680 Nm, dengan masa pecutan 0-100 km/j sepantas 2.36 saat.
Selain itu, U9 juga dilengkapi dengan sistem suspensi Disus-X yang membolehkan supercar elektrik ini melakukan pergerakan kompleks yang mengagumkan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM3852
SELANGOR
BST1750
JOHOR
JC9584J
PULAU PINANG
PSE9781
PERAK
APK8973
PAHANG
CFH5273
KEDAH
KGH6908
NEGERI SEMBILAN
NEL5471
KOTA KINABALU
SJT6583
KUCHING
QAB4430P
Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BYD Yangwang U9 Track Edition Catat Kelajuan Luar Biasa, Cecah 3,019 PS
MIIT China baru-baru ini mendedahkan maklumat terkini mengenai model supercar elektrik BYD, Yangwang U9 Track Edition, versi jauh lebih menggerunkan.
12-08-2025
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
