Toyota GR Yaris Rally2 H2: Kereta Rali Hidrogen Pertama Dunia Bakal Beraksi Di WRC!

Toyota GR Yaris Rally2 H2 Concept
Toyota sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk membangunkan teknologi hidrogen, bukan sahaja melalui penghasilan model yang boleh digunakan di jalan raya, malah dalam dunia sukan permotoran.
Selepas memperkenalkan GR Corolla H2 dan hypercar GR LH2 Le Mans, kini Toyota mempersembahkan satu lagi inovasi, Toyota GR Yaris Rally2 H2 Concept, kereta rali berkuasa hidrogen yang dibangunkan khas untuk memenuhi peraturan kelas Rally2 Kejohanan Rali Dunia (WRC).
Rekaan & Ciri Unik GR Yaris Rally2 H2


Toyota GR Yaris Rally2 (kiri) & Toyota GR Yaris Rally2 H2 Concept (kanan)


Toyota GR Yaris Rally2 H2 Concept
GR Yaris Rally2 H2 Concept dibina berasaskan model GR Yaris Rally2 dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), namun tampil dengan beberapa perbezaan ketara.
Antaranya ialah penggunaan livery khas yang diinspirasikan daripada GR LH2, serta panel sisi belakang dengan komponen ambilan udara menggantikan tingkap biasa. Casis, kit badan lebar dan ciri aerodinamik kekal yang terdapat pada model ICE dikekalkan.
Dibangunkan di Finland, Diuji di Pelbagai Permukaan


Proses pembangunan kereta rali hidrogen ini dijalankan di ibu pejabat Toyota Gazoo Racing World Rally Team (TGR-WRT) di Jyväskylä, Finland. Ujian intensif dilakukan di atas permukaan batu kerikil dan juga tarmac, memastikan prestasi optimum dalam pelbagai situasi laluan yang ditempuhi dalam perlumbaan rali.
Setakat ini, Toyota masih belum mendedahkan spesifikasi penuh enjinnya, namun ia dijangka menggunakan enjin 1.6 liter turbo tiga silinder daripada GR Yaris versi standard yang telah diubah suai.
Kuasa Hidrogen, Emisi Hampir Sifar
Dikuasakan oleh hidrogen cecair, Toyota mendakwa konfigurasi ini mampu menghasilkan “emisi hampir sifar” dari ekzos. Menariknya, walaupun menggunakan teknologi ini, enjinnya masih mengekalkan 'ngauman' dan sensasi pemanduan seperti kereta rali GR Yaris biasa.
Toyota GR Yaris Rally2 H2 Concept bakal membuat penampilan sulungnya di Rally Finland, yang juga merupakan pusingan paling laju dalam kalendar WRC. Kereta ini akan dipandu oleh Juha Kankkunen, juara dunia rali empat kali yang kini juga merupakan Timbalan Ketua Pasukan di TGR-WRT. Selepas perlumbaan, model konsep ini akan dipamerkan bersama dua lagi model hidrogen Toyota, Mirai FCEV dan prototaip Tundra H2.


Toyota GR Yaris H2 Concept
Sebelum ini, Toyota telah memperkenalkan teknologi hidrogennya yang disematkan pada GR Yaris versi jalan raya. Model eksperimen GR Yaris H2 juga menggunakan enjin 1.6 liter turbo, dengan komponen hidrogen asalnya dibangunkan untuk Corolla Sport yang sepatutnya bersaing dalam siri perlumbaan Super Taikyu Jepun pada 2021.
Baca: HEV Toyota Teknologi Mampan Yang Lebih Praktikal Berbanding EV?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8217
SELANGOR
BST4496
JOHOR
JD6023J
PULAU PINANG
PSF3276
PERAK
APL2518
PAHANG
CFH6251
KEDAH
KGH8697
NEGERI SEMBILAN
NEL6914
KOTA KINABALU
SJT9016
KUCHING
QAB5169P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat