ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Badan Khas Untuk Siasat Kemalangan Jalan Raya Bakal Ditubuhkan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Minister-of-Transport-YB-Anthony-Loke.png


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.


Kementerian Pengangkutan kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan satu badan khas yang dinamakan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB). Fungsi utama badan ini adalah khusus untuk menyiasat kemalangan jalan raya secara di seluruh negara.


Kemalangan Maut FRU & UPSI Jadi Pencetus


image.png


Kemalangan antara sebuah lori pasir dan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meragut nyawa 9 anggota pada Mei lalu.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa cadangan ini timbul susulan hasil siasatan pasukan petugas khas kementerian mengenai beberapa insiden kemalangan maut yang melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan serta kemalangan bas persiaran yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak.


image.png


15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban selepas bas dinaiki terbabas ke bahu jalan.


"Ini memang sedang dipertimbangkan di peringkat kementerian tetapi untuk menubuhkan satu badan atau agensi baharu bukan mudah, ada banyak proses yang panjang," ujarnya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam. 


Baca: 9 Anggota FRU Maut Angkara Stereng Lori Pasir Rosak


Fokus Memartabatkan Profesion Pemandu


Selain itu, kementerian berhasrat melaksanakan beberapa inisiatif untuk memartabatkan profesion pemandu di negara ini. Antara usaha penting ialah melatih pemandu agar lebih kompeten dan profesional.

“Kita nak bersama-sama melatih pemandu yang lebih profesional, jadi ada beberapa tindakan daripada kementerian yang nak kita buat untuk menaikkan martabat profesion pemandu ini...kita nak pemandu ini dihormati dan (martabat) dinaikkan,”  jelas Loke.


Isu Kekurangan Pemandu Bas & Lori


Menteri tersebut mengulas cabaran kekurangan pemandu bas dan lori yang kini berlaku kerana kurangnya minat serta gaji yang tidak setimpal. Menurutnya, kementerian akan berusaha memastikan pemandu menerima pampasan yang sesuai dengan masa bekerja, beban tugas dan risiko yang terlibat.


Namun, Loke menegaskan, kriteria pemilihan pemandu perlu ketat, “Tetapi, janganlah dianggap sesiapa pun boleh (jadi pemandu), mempunyai rekod jenayah atau rekod tak begitu baik pun diambil. Sekarang ini kita cuba ada pangkalan data untuk melihat adakah mereka mempunyai rekod lampau terutama memandu secara bahaya, itu perlu kita asingkan.” 


Sumber: Bernama

Baca: Tragedi UPSI: Bas Dipandu Dua Kali Ganda Had Laju!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-11-2025
Berita Auto

13-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.