ETS Segamat-JB Sentral Belum Siap Lagi

Nampaknya, pengguna perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang mahu ke Johor Bahru perlu menunggu sehingga hujung tahun atau mungkin tahun depan memandangkan kerja-kerja elektrifikasi dan isyarat masih belum belum lengkap, terutamanya di jajaran sepanjang 100km antara Kluang dan JB Sentral.
Memetik kenyataan akhbar bahasa Inggeris, The Star, difahamkan, sistem talian atas (catenary) masih belum siap sepenuhnya, dengan kabel sentuh dan komponen penting lain bagi peralatan talian atas (OHLE) masih belum dipasang.
OHLE ialah sistem kabel atas dan struktur sokongan yang membekalkan tenaga elektrik untuk menggerakkan tren elektrik, dan merupakan bahagian penting dalam elektrifikasi rel.
Sebelum ini, beberapa laman sosial mendedahkan bahawa ETS ke Johor Bahru akan siap pada Ogos ini namun tiada perkembangan lanjut diumumkan sejak jajaran pendek antara Gemas dan Segamat mula beroperasi menggunakan ETS pada 15 Mac lalu.

Ketika KTMB membuka jualan tiket awal pada 30 Jun untuk perjalanan sehingga 31 Disember, tiada tiket ETS ke arah selatan ditawarkan selepas Segamat.
Pada Rabu lalu, KTMB mengumumkan penangguhan jualan tiket awal selepas Disember, dan memohon maaf kerana tidak dapat menawarkan tiket bagi Januari 2026 dalam masa terdekat ini.
Lazimnya, jualan tiket dibuka enam bulan lebih awal.
Menurut pakar sistem kereta api, Yuslizar Daud, proses pemasangan dan pengujian sistem elektrik talian atas sepenuhnya boleh mengambil masa yang panjang.
“Kerja pemasangan OHLE, ketegangan kabel, pelarasan dengan landasan, pengecasan tenaga, ujian dan pentauliahan akan mengambil masa yang ketara. Kemudian perlu ada pemeriksaan akhir oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum lampu hijau diberikan," kata Yuslizar yang merupakan bekas Ketua Bahagian Rel SPAD.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa KTMB sedang cuba mempercepat pembukaan jajaran sejauh 90km dari Segamat ke Kluang, supaya perkhidmatan ETS dapat dilanjutkan ke Kluang dalam suku tahun ini, walaupun KTMB masih belum mengemukakan permohonan rasmi kepada APAD.
Pada masa yang sama, ujian ke atas set tren ETS baharu yang tiba dari China turut sedang dijalankan, selaras dengan keperluan perundangan untuk unit pertama dikenali sebagai "Golden Train" melengkapkan sekurang-kurangnya 8,000km tanpa sebarang kerosakan dalam proses dikenali sebagai “fault-free run” (FFR).
FFR ialah keperluan standard untuk memastikan keselamatan dan integriti sistem sebelum ia boleh digunakan dalam operasi komersial. Semua set tren baharu diwajibkan menjalani prosedur ini, walaupun set yang serupa mungkin hanya perlu menjalani ujian dengan jarak perjalanan lebih rendah, asalkan tren emas berjaya melengkapkan lebih 8,000km tanpa sebarang isu.
Dijangka KTMB akan menggunakan set tren ETS lama untuk mengendalikan perkhidmatan ETS ke Kluang, sekiranya APAD memberikan kelulusan untuk jajaran tersebut dibuka kepada orang ramai.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat