ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hab Komponen iCaur Shah Alam Sudah Sedia Lebih 10,000 Alat Ganti Menjelang Ketibaan iCaur 03

Sofea Najmi

Kongsi melalui

iCaur-03-iExperience-Drive-3-full_normal.jpg


Menjelang pelancaran jentera elektrik rangginya yang pertama di negara ini, iCaur Malaysia telah merasmikan pembukaan hab komponen alat ganti di Shah Alam Hicom Industrial Estate.


Fasiliti berkeluasan 88,000 kaki persegi ini diuruskan oleh Chery Corporate Malaysia dan turut dikongsi bersama subjenamanya, Omoda | Jaecoo Malaysia, dengan operasi yang telah dimulakan sejak awal tahun ini iaitu pada Mac 2025.


Menurut Naib Presiden iCaur Malaysia, Emily Lek, lokasi hab simpanan komponen yang strategik ini amat penting untuk menyokong rangkaian pengedar yang sedang berkembang dengan jangkaan mencapai sekurang-kurangnya 16 cawangan di seluruh negara menjelang pelancaran. Momentum perkembangan ini juga akan diteruskan pada tahun 2026.


Baca: Omoda | Jaecoo Malaysia Buka Gudang Alat Ganti Di Shah Alam


Falsafah "Born to Play" Dalam Segenap Aspek


Photo-1-(2).jpg


Emily menambah, falsafah jenama “Born to Play” turut membawa makna “Born Ready” atau sentiasa bersedia, yang diserlahkan melalui usaha mewujudkan inventori alat ganti yang lengkap serta keupayaan rantaian bekalan yang mantap.


Di bawah satu bumbung ini, terdapat lebih 10,000 jenis alat ganti dan komponen yang telah dipilih khas, memastikan sokongan selepas jualan dapat diberikan dengan pantas walaupun sebelum model iCaur 03 pertama tiba ke tangan pelanggan.


Pusat Servis Serantau & Peranan Malaysia


Photo-2-(2).jpgPhoto-3-(1).jpg


Hab komponen ini juga disediakan untuk menyokong operasi selepas jualan serantau, sejajar dengan usaha Chery International yang ingin menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluar model pemanduan sebelah kanan (RHD) di ASEAN. Langkah ini selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020. 


iCaur 03 Bakal Tiba 


Caricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-10.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-8.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-15.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-17.jpg


Jenama iCaur yang telah dilancarkan di Malaysia pada Mei lalu bakal membawakan model pertamanya ke pasaran tempatan, sebuah SUV elektrik dengan kemampuan off-road,  iCaur 03. Dua varian ditawarkan iaitu:

  • Varian 2WD dengan motor 135 kW (181 hp), bateri 65.7 kWj dan jarak pemanduan sehingga 426 km mengikut NEDC (362 km WLTP).
  • Varian iWD dengan dua motor, kuasa 205 kW (275 hp), serta jarak pemanduan sejauh 418 km NEDC (355 km WLTP).

Model ini dijangka akan dipasarkan dalam lingkungan harga antara RM145,000 hingga RM155,000.


Baca: SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025


Peluang Pandu Uji & Tempahan Eksklusif


Sebelum pelancaran rasmi, anda boleh merasai sendiri pengalaman memandu SUV elektrik ini di acara iCaur iXPERIENCE Obstacle Drive yang akan berlangsung di Plaza Arkadia, Desa ParkCity, dari 21 hingga 24 Ogos. Selain sesi pandu uji, anda juga boleh menyaksikan paparan interaktif dan membuat tempahan sebagai pelanggan terawal (ada ganjarannya!). 

Baca: Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Baca: MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23

Baca: SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-09-2026
Kereta Baru

21-01-2026
Global
Kereta Baru
EV

07-11-2025
Kereta Baru

29-10-2025
EV

06-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan

Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?

05-10-2026
Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.