ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Honda N-One e: Dengan Kit Mugen: Comel Tetapi ‘Bertaring’, Jadi JDM Sporty

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda-N-One-e-EV-Mugen-2.jpg


Sejak pelancarannya di peringkat global, kenderaan elektrik (EV) Honda N-One e: menarik perhatian ramai kerana reka bentuknya yang kecil dan comel. Namun, imej comel ini berubah sepenuhnya dengan kehadiran kit badan daripada syarikat penalaan rasmi Honda, Mugen, yang mengubah hatchback kompak ini menjadi sebuah hot-hatch JDM yang lebih agresif dan bergaya.


Comel Tetapi ‘Bertaring’


Honda-N-One-e-EV-Mugen-1.jpgHonda-N-One-e-EV-Mugen-5.jpg


Kit aero Mugen untuk N-One e: ini merangkumi beberapa aksesori luaran yang membuatkan model comel ini kelihatan lebih garang. Antaranya adalah splitter depan yang lebih agresif, skirt sisi dan diffuser belakang yang ringkas kesemuanya diberikan kemasan warna hitam matte.


Honda-N-One-e-EV-Mugen-6.jpg


Selain itu, Mugen turut memperkemaskan lagi gaya model ini dengan rim aloi bersaiz 15 inci serta spoiler belakang yang dipasang di bumbung, sekali gus menambahkan lagi aura sporty pada EV kecil ini. Untuk sentuhan lebih eksklusif, ia turut diberikan decal khas memaparkan logo dan tulisan Mugen, termasuk logo krom ikonik di bahagian fender depan.


Aksesori Eksklusif Dalam Kabin


Honda-N-One-e-EV-Mugen-4.jpgHonda-N-One-e-EV-Mugen-3.jpg


Tidak ketinggalan, aksesori dalaman khas Mugen seperti pelindung ambang pintu (scuff plates), kompartmen pintu, alas kaki serta penutup ruang but. 


Untuk keselesaan, kit Mugen ini juga termasuk visor tingkap dengan logo Mugen serta salutan cermin sisi jenis hidrofobik yang memudahkan penglihatan sewaktu hujan.


Peningkatan Ciri Mekanikal


Honda-N-One-e-EV-Mugen-7.jpg


Yang menariknya, kit ini turut melibatkan naik taraf mekanikal dengan pemasangan peredam (damper) prestasi khas Mugen. Walaupun butiran terperinci masih terhad, ia dijangka memberi pemanduan yang lebih responsif dan mantap terutamanya apabila digabungkan dengan rim yang lebih besar seperti dinyatakan tadi.


Kit peredam ini berkemungkinan menurunkan ketinggian casis kenderaan menjadikan N-One e: lebih rendah dan bersifat lebih sporty seperti hot-hatch JDM lain.


Bagaimanapun, tiada sebarang peningkatan pada motor elektrik mahupun bateri. N-One e: yang dipertingkat masih menggunakan motor elektrik dengan kuasa 63 hp dan bateri kompak yang membolehkan jarak pemanduan sekitar 270 km berdasarkan standard WLTP.


Tarikh Pelancaran & Harga


Honda-N-One-e-EV-Mugen-2.jpgHonda-N-One-e-EV-3.jpg


Honda N-One e: yang dipasang dengan kit Mugen (kiri) & versi standard (kanan).


Kit Mugen untuk Honda N-One e: akan mula dijual di Jepun semasa musim luruh 2025 dan harganya  akan diumumkan menghampiri pelancaran rasminya nanti.


Model N-One e: juga dijangka akan membuat penampilan sulungnya di luar Jepun di pameran automotif Munich Motor Show 2025 (IAA Mobility). 

Baca: SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

Baca: Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Baca: Kit Badan Mugen Honda Civic Type R – Lebih Agresif & Aerodinamik!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP8529

SELANGOR

BST6517

JOHOR

JE1749J

PULAU PINANG

PSF5047

PERAK

APL4381

PAHANG

CFH7185

KEDAH

KGJ743

NEGERI SEMBILAN

NEL8152

KOTA KINABALU

SJU1027

KUCHING

QAB5534P

Terakhir Kemas Kini 15 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

13-08-2025
EV

29-07-2025
EV

29-07-2025
Global

12-02-2026
EV

13-08-2025
Global

05-07-2024
Global

09-05-2024
Global

26-12-2022

Berita Terkini

Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.