ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2025-08-01-at-13.40.45_ffa04726.jpg


JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah. Pelan langganan ini ditawarkan pada harga RM9.90 sebulan, dengan tawaran menarik pengecasan percuma sepenuhnya bagi bulan pertama. 


Dengan melanggan JomCharge Elite, pengguna akan menerima diskaun 10% bagi setiap sesi pengecasan di lebih 1,000 pengecas dalam rangkaian JomCharge. Namun, diskaun ini hanya sah bagi pengecas yang dikendalikan oleh EV Connection sahaja, tidak termasuk rakan perayauan (roaming) seperti ChargEV dan DC Handal.


JCE-HOMEPAGE-WEBSITE-01-1-scaled.png


Untuk mengaktifkan pelan ini, pengguna hanya perlu membuka aplikasi JomCharge dan tekan pada pautan pop-up JomCharge Elite yang muncul. Langganan akan diperbaharui secara automatik setiap bulan, tetapi pengguna boleh mematikan fungsi auto-renewal di dalam aplikasi sehingga tiga hari sebelum tarikh pembaharuan.


Pengecas Dengan Harga Diskaun Boleh Diakses Mudah


Pengguna boleh menggunakan fungsi map filter (penapisan peta) dalam aplikasi dan klik ikon “ELITE” untuk hanya memaparkan pengecas yang menawarkan diskaun 10%. Ini memudahkan pencarian stesen pengecas dengan potongan harga.


image-(49).jpg


Harga pengecasan bagi pengecas AC yang standard RM0.90/kWj turun kepada RM0.81/kWj dengan keahlian Elite. Manakala pengecas pantas DC pula yang biasanya RM1.50/kWj turun kepada hanya RM1.35/kWj. 


image-(47).jpg


Ini bermakna sekiranya anda menggunakan 40kWj pada kadar RM1.50/kWj, jumlah bayaran standard ialah RM60 bagi satu sesi, tetapi dengan keahlian Elite, jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah jauh lebih rendah iaitu RM54, penjimatan mencecah RM6 setiap sesi. Hanya dengan dua sesi pengecasan penuh dalam tempoh sebulan, sebenarnya  sudah mampu menampung kos langganan RM9.90.


Syarat Langganan


image-(51).jpg


Untuk melanggan, kad kredit atau debit yang sah mesti didaftarkan dalam aplikasi walaupun untuk sesi pengecasan percuma pada bulan pertama. Keahlian ini tidak boleh dipindah milik dan hanya terhad kepada satu akaun sahaja.


Selepas tempoh langganan tamat, pengguna masih boleh menggunakan JomCharge dengan bayaran yang dibuat bagi setiap penggunaan.


Berbaloi Atau Tidak?


Untuk pengguna EV yang jarang mengecas di luar atau biasanya mengecas di rumah, mungkin tidak begitu berbaloi. Tetapi bagi mereka yang selalu bergerak atau tidak mempunyai akses pengecasan di rumah, penjimatan yang ditawarkan boleh jadi agak ketara.

Memandangkan tiada sebarang caj dikenakan pada bulan pertama, apa salahnya anda cuba dulu. Kalau rasa tidak berbaloi dengan tahap penggunaan anda, boleh batalkan langganan sebelum kitaran bil yang akan datang.  

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS1941

SELANGOR

BSU1362

JOHOR

JF184J

PULAU PINANG

PSF9442

PERAK

APL7973

PAHANG

CFH8701

KEDAH

KGJ2994

NEGERI SEMBILAN

NEM1378

KOTA KINABALU

SJU3475

KUCHING

QAB6563P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.