ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenderaan Singapura Buat E-Hailing Haram Di Malaysia, Tindakan Tegas Menanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

JPJ-SG-Illegal-eHailing-Ops-(2).jpg


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan kewujudan kenderaan Singapura yang menjalankan perkhidmatan e-hailing kepada pelancong ke dalam negara secara haram. 


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, dalam operasi khas yang telah dilaksanakan sejak 9 Ogos lalu, JPJ telah menyita empat buah kenderaan yang didapati tidak mempunyai lesen pengendali yang sah, tidak berdaftar sebagai kenderaan perkhidmatan awam serta tiada cukai jalan Malaysia. 


Antara kenderaan terlibat ialah Toyota Alphard, Vellfire, Honda Spada dan Toyota Hiace, dipandu oleh warga Singapura.


JPJ-SG-Illegal-eHailing-Ops-(1).jpg


Tambah Datuk Aedy, perkhidmatan e-hailing haram itu menawarkan tambang mahal dengan bayaran hingga SGD1,200 (~RM4,200) bagi perjalanan jauh seperti ke Ipoh. Pemandu menggunakan aplikasi Telegram dan pelekat khas untuk mengenal pasti penumpang yang sudah membuat tempahan.


Jelas beliau, tindakan diambil di bawah Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(1) akta sama.


JPJ-SG-Illegal-eHailing-Ops-(3).jpg


“Sebelum ini, kita lebih kepada advokasi dan memberi penerangan bahawa perbuatan ini salah. Tetapi, mulai minggu ini, tiada lagi kompromi. Kita akan tahan dan ambil tindakan tegas termasuk proses lucut hak kenderaan,” katanya.


Datuk Aedy menegaskan bahawa JPJ tidak akan berkompromi dengan mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya di Malaysia. 


“Perkhidmatan e-hailing sah wujud di Malaysia, maka kenderaan dari luar negara perlu berurusan dengan pihak berkuasa sebelum dibenarkan beroperasi.


kenderaan-e-hailing-singapura-disita-jpj.png


“Sebenarnya, kita tidak mahu insiden buruk berlaku, terutamanya jika berlaku kemalangan yang melibatkan pelancong asing. Perkara seperti ini bukan sahaja membahayakan nyawa penumpang dan pemandu, malah boleh menjejaskan hubungan antara dua negara,” katanya. 


Operasi akan diteruskan di lokasi tumpuan pelancong seperti Legoland dan Danga Bay di Johor sebelum diperluas ke negeri lain. Orang awam juga diminta untuk melaporkan aktiviti kenderaan asing yang melanggar undang-undang melalui emel myjpj@jpj.gov.my dengan maklumat lengkap.

Sumber: JPJ | Sinar Harian

Baca: Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS5204

SELANGOR

BSN7631

JOHOR

JYU1405

PULAU PINANG

PSB1295

PERAK

APG3874

PAHANG

CFG569

KEDAH

KGF514

NEGERI SEMBILAN

NEJ9258

KOTA KINABALU

SJR1924

KUCHING

QAB4971N

Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.