Projek MEX 2 Masih Tak Siap, Kerajaan Sedang Cari Penyelesaian

Agensi Pusat sedang memuktamadkan perbincangan dengan pihak Penerima dan Pengurus (R&M), bertujuan mendapatkan kaedah penyelesaian terbaik bagi menyiapkan baki keseluruhan projek Lebuhraya MEX2.
Memetik kenyataan di akhbar Berita Harian, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexandar Nanta Linggi, berkata ini susulan notis kemungkiran dikeluarkan pihak pemegang Sukuk ke atas syarikat konsesi lebuh raya berkenaan, pada Januari 2022.
Perbincangan itu, katanya, turut membabitkan aspek kos menyiapkan projek, aliran tunai, analisis kajian trafik, kadar tol dan sebagainya bagi memastikan projek berkenaan kekal berdaya maju.
"Projek Lebuhraya MEX2 ditanggung sepenuhnya pemaju atau syarikat konsesi secara penswastaan dengan kaedah Bina-Kendali-Pindah (BOT)
"Justeru, sebarang maklumat berkaitan kemajuan projek, termasuk tuntutan kemajuan disemak dan disahkan pihak konsesi bersama juru perunding pengawasan (SC) dan juru perunding bebas (ICE) dikemukakan terus kepada pemegang Sukuk.
"Segala obligasi konsesi sudah diserahkan kepada pihak R&M yang dilantik oleh pihak pemegang Sukuk bagi menyelesaikan isu kewangan, seterusnya menyiapkan baki pembinaan projek ini," katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.
Difahamkan, projek Lebuhraya MEX 2 menghubungkan Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sepanjang 18 kilometer dimulakan pembinaannya pada 2016, sepatutnya siap pada 2019, namun berhadapan masalah apabila pihak pemaju mengalami masalah kewangan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA8032
SELANGOR
BSQ4564
JOHOR
JYX5712
PULAU PINANG
PSC6145
PERAK
APH7943
PAHANG
CFG6413
KEDAH
KGG2827
NEGERI SEMBILAN
NEK5280
KOTA KINABALU
SJS1422
KUCHING
QAB9224N
Terakhir Kemas Kini 01 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem
Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.
01-06-2026
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan
Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.
29-05-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!
Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.
28-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat