Lebuhraya MEX Terima Pujian Gara-Gara Konvoi Trump

Lebuhraya MEX menerima pujian dari seluruh negara gara-gara konvoi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, semalam menggunakan laluan itu.
Video berdurasi 13 saat itu, yang dimuat naik di platform X oleh Pembantu Khas dan Penasihat Komunikasi kepada Trump, Margo Martin, menunjukkan konvoi presiden itu bergerak dengan lancar di lebuh raya tiga lorong itu yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke ibu negara.
Video pendek itu tular di pelbagai platform media sosial dengan pengguna memuji infrastruktur lebuh raya Malaysia yang moden dan pemandangannya yang indah.
"Ini seperti babak pembukaan dalam filem Independence Day," ulas Mike Kearney dari Pennsylvania, AS manakala Shubham Singh Gaur dari India secara bergurau pula menyatakan, "Konvoi itu kelihatan seperti dalam Fast & Furious: Presidential Drift."
"Jika beliau menuju ke Kuala Lumpur dari lapangan terbang, beliau akan melalui banyak pokok kelapa sawit. Ia sungguh menarik apabila melihat terdapat banyak pokok kelapa sawit yang seperti hampir tiada penghujungnya!" ujar seorang lagi pengguna dari AS, Neesie.
Lebuhraya MEX, secara rasmi mula beroperasi pada 13 Disember 2007, adalah lebuh raya sepanjang 26 kilometer dan menjadi laluan utama yang menghubungkan Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA.
Dibangunkan untuk aliran trafik yang lancar dan cekap, MEX terus menjadi laluan pilihan kepada pelancong yang berulang-alik antara destinasi utama ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


