ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Sienta Juno Didedah Tetapi Bukan Di Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Walaupun UMW Toyota Motor (UMWT) telah menghentikan jualan Toyota Sienta di Malaysia sejak 2019, namun ia terus kekal popular di Jepun.

Namun Sienta kali ini didatangkan dengan varian Juno sekali gus menjadi tumpuan di Jepun. Ini kerana versi generasi ketiga (XP210) Sienta ini hadir dengan kem-khemah (camper-ready) dimana ia menjadi  trend di  Jepun, ketika ini.

image.png

Idea pintar pada Sienta ini dibangunkan oleh Modellista iaitu anak syarikat Toyota yang menghasilkan aksesori kustom  yang menggantikan kerusi baris ketiga dengan ruang khas dimana ia boleh diubah suai.

Ia dibina berdasarkan platform asas TNGA-B yang dikongsi bersama hatchback Yaris namun telah dipanjangkan untuk Sienta sehingga 4,260 mm.

Dari segi mekanikal, terdapat pilihan enjin petrol 3-silinder 1.5 liter dan versi hibrid petrol, dengan pilihan pacuan semua roda E-Four bagi varian hibrid.

Selain itu, bergantung kepada pilihan, pengguna boleh membina ruang santai, tempat tidur, atau pejabat mudah alih kompak di bahagian belakang Sienta – seperti yang ditunjukkan dalam video rasmi.

image.png

 Turut dikekalkan daripada Sienta standard ialah kemasan fabrik anti-bau, kalis air dan minyak, yang ditawarkan dalam pilihan warna hitam, khaki atau ‘fromage’.

Toyota juga mengemas kini varian asas Sienta dengan ciri baharu seperti brek parkir elektronik (EPB) dengan fungsi tahan brek, kawalan iklim automatik, kawalan jelajah adaptif, bantuan stereng, sistem tindak balas kecemasan pemandu, serta kamera pemuka (dashcam).

Bagaimanapun, tiada perubahan visual ketara kecuali lencana “Juno” pada pintu but. Ciri pintu gelangsar berkembar yang menjadi identiti mini-MPV ini turut dikekalkan selain menawarkan kemudahan akses kabin.

Di Jepun, Toyota Sienta Juno dijual pada harga bermula ¥3,654,200 (RM105,042) untuk varian 1.5 2WD, dan ¥3,852,200 (RM110,734) bagi varian hibrid 1.5 E-Four.

image.png

Selain itu, Toyota dan Modellista turut menawarkan modul seperti Bass Module pada harga ¥69,300 (RM1,992) atau versi lebih besar pada ¥72,600 (RM2,087), Cushion Module pada ¥20,900 (RM201), Side Table pada ¥31,900 (RM916), dan Work Table pada ¥44,000 (RM1,265).

image.png

Bagi melengkapkan set perkhemahan, pembeli ditawarkan dengan  tilam udara (Air Mattress) yang berharga ¥22,000 (RM632).

Pembeli juga boleh memilih pakej penuh jika sanggup membayar harga tambahan – pakej Chill berharga ¥165,000 (RM4,743), pakej Focus pada ¥231,000 (RM6,640), dan pakej Comfort pada ¥330,000 (RM9,486).


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Global
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global
EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.