UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan. Angka ini merupakan satu peningkatan berbanding bulan Jun 2025 yang merekodkan jualan 7,773 unit.
Prestasi Tahunan Cecah 53,163 Unit
Secara keseluruhan, jumlah jualan terkumpul tahun ini (YTD) bagi UMW Toyota sehingga Julai 2025 adalah sebanyak 53,163 unit. Jumlah ini meningkat berbanding 44,286 unit yang dicatatkan pada akhir bulan Jun 2025.
-full-full.jpg)
Bagaimanapun, untuk pencapaian separuh pertama (H1) setakat Jun lalu, jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, iaitu antara Januari hingga Jun 2024, jumlah jualan yang dicatatkan adalah sebanyak 47,000 unit. Prestasi H1 2025 sedikit menurun jika dibandingkan dengan prestasi H1 2024.
Kepercayaan Pelanggan Kunci Kekuatan UMW Toyota



UMW Toyota baru-baru ini telah menganjurkan acara larian, Start Your Impossible Outrun 2025, laporan selanjutnya di sini.
Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K., menegaskan kekuatan jenama itu terletak pada kepercayaan dan kesetiaan pelanggan. Beliau berkata, “Keputusan ini menunjukkan daya tarikan jenama yang kekal relevan serta komitmen kami untuk memenuhi keperluan pelanggan Malaysia yang sentiasa berubah.”
Melalui inisiatif Toyota Extra Mile, UMW Toyota menjanjikan pengalaman pemilikan yang menenangkan fikiran melalui rangkaian pusat servis yang meluas di seluruh negara, kemudahan digital melalui Toyota MY App, sokongan penyelenggaraan hibrid yang komprehensif serta program waranti jangka panjang.
Kempen ‘Patriotic Showroom Weekender’


-full.jpg)

UMW Toyota menawarkan potongan harga eksklusif untuk model utama seperti Vios, Yaris dan Hilux sepanjang bulan ini. Syarikat juga meneruskan program Toyota Service Savers.
Sempena bulan kemerdekaan, UMW Toyota mengadakan kempen ‘Patriotic Showroom Weekender’ pada 23 dan 24 Ogos 2025 yang bakal menyajikan pelbagai hadiah istimewa untuk sesi pandu uji dan aktiviti lain.
Tawaran Terhad Bulan Kemerdekaan
Sepanjang bulan ini, UMW Toyota turut menawarkan diskaun 'kaw-kaw' sehingga RM10,500 untuk model Yaris, RM8,000 untuk Vios, RM6,000 untuk Corolla Cross dan RM8,000 untuk trak 4x4 Hilux. Yang menariknya lagi, pembelian Hilux turut didatangkan dengan servis percuma selama tiga tahun.
Toyota Service Savers: Program Servis Prabayar Pada Harga Diskaun
Selain itu, program Toyota Service Savers turut ditawarkan untuk tempoh terhad, membolehkan pelanggan memilih pelan penyelenggaraan prabayar bermula serendah RM31 sebulan. Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga 10% bagi kos alat ganti dan buruh.
Maklumat lanjut mengenai kempen dan tawaran yang berlangsung boleh layari laman web rasmi Toyota di Toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-8-TOYOTA (86982). Anda juga boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran Toyota yang sah di seluruh negara.
Baca: UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQN843
SELANGOR
BSM7096
JOHOR
JYS341
PULAU PINANG
PRY9718
PERAK
APF4734
PAHANG
CFF4641
KEDAH
KGE4827
NEGERI SEMBILAN
NEJ5980
KOTA KINABALU
SJQ4346
KUCHING
QAB3073N
Terakhir Kemas Kini 27 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.
09-02-2026
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.
29-01-2026
Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini .
05-12-2025
Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah
Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.
15-10-2025
Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.
06-10-2025
5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah
Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.
09-09-2025
Toyota SYI Outrun 2025: 6,500 Peserta Bersatu Kumpul RM200,000 Untuk Kanser
Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 yang dianjurkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pada hujung minggu lalu, 27 Julai di Putrajaya.
31-07-2025
Jualan Toyota Memberangsangkan, Tawar Promosi Menarik Untuk Pelanggan
UMW Toyota Motor (UMWT) melabuhkan tirai bulan Jun 2025 dengan pencapaian positif apabila berjaya menjual sebanyak 7,773 unit kenderaan.
14-07-2025
Berita Terkini
Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya
Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.
26-02-2026
Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta
Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.
26-02-2026
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.
26-02-2026
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
26-02-2026
Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands
Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.
25-02-2026
LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.
25-02-2026
Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV
Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.
24-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat