Baru Dua Bulan, UMW Toyota Jual Lebih 12,000 Unit Kenderaan!

UMW Toyota Motor (UMWT) catat peningkatan jualan bulan lepas, lebih tinggi berbanding Januari
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan sebanyak 6,632 unit bagi Februari 2025, peningkatan ketara berbanding 5,383 unit yang direkodkan pada Januari. Dengan jumlah ini, angka sejak awal tahun sehingga kini (YTD) iaitu selepas dua bulan kini mencecah 12,015 unit.
Toyota Hilux & Corolla Cross Hybrid Kekal Mendominasi


Trak pikap Hilux (kiri) dan SUV Corolla Cross Hybrid (kanan) kekal mendominasi pasaran
Berdasarkan maklumat rasmi data.gov.my, dua model Toyota iaitu Hilux dan Corolla Cross Hybrid yang baru sahaja menerima kemas kini, terus mengungguli segmen masing-masing yang mana Toyota Hilux mencatatkan pendaftaran sebanyak 1,677 unit kenderaan pada Februari. Sementara itu, Toyota Corolla Cross Hybrid pula merekodkan sejumlah 655 unit dalam tempoh sama.
Baca: Lakaran Ini Dedah Wajah Sebenar Toyota Hilux Generasi Ke-9 'Travo'?
Walaupun UMWT tidak mendedahkan angka ini secara rasmi, data jualan ini sudah cukup menunjukkan peningkatan yang positif bagi bulan kedua syarikat itu tahun ini.
Kualiti Perkhidmatan Selepas Jualan Pendorong Kejayaan
-full.jpg)
-full.jpg)
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., kejayaan ini bukan sekadar berpaksikan jualan kenderaan semata-mata, tetapi juga hasil daripada perkhidmatan selepas jualan yang tiada tandingan.
"Matlamat kami adalah memastikan setiap pemilik Toyota menikmati kebolehpercayaan, prestasi dan pengalaman selepas jualan yang luar biasa, sejajar dengan identiti jenama kami," katanya.
UMWT juga menekankan komitmennya terhadap kepuasan pelanggan melalui rangkaian pusat selepas jualan yang luas. Setakat ini, syarikat ini mengendalikan sebanyak 100 buah Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di seluruh negara, yang telah menyediakan servis kepada 1.4 juta kenderaan sepanjang 2024.
"Kami akan terus meningkatkan teknologi, latihan dan kebolehcapaian untuk memastikan pemilikan Toyota di Malaysia kekal lancar dan bebas kebimbangan," tambah Datuk Ravindran.
Promosi Mac: Rebat Sehingga RM9,500 & Ansuran Bermula RM658

Sepanjang bulan Mac ini, UMWT mengadakan kempen jualan bulanan yang menarik. Antara tawaran utama termasuk rebat tunai sehingga RM9,500 dan ansuran bulanan serendah RM658.
Selain itu, Toyota Service Savers juga masih ditawarkan kepada pelanggan, dengan pelan penyelenggaraan serendah RM33 sebulan.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, boleh layari Toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-8-TOYOTA (869682).
Baca: Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah
Baca: Toyota Corolla Cross Facelift Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, CKD, Dari RM133,800
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.
09-02-2026
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.
29-01-2026
Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini .
05-12-2025
Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah
Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.
15-10-2025
Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.
06-10-2025
5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah
Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.
09-09-2025
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

