Xpeng P7 Gen Kedua, Sporty Habis, Pintu Kini Gaya Gunting

Hanya beberapa minggu selepas membuat penampilan sulung di peringkat global, Xpeng akhirnya mendedahkan imej Xpeng generasi kedua, P7 “Wing Edition, baru-baru ini.
Seperti mana namanya, varian khas P7 ini hadir secara standard dengan pintu gaya gunting yang sporty, serta beberapa ciri luaran dan dalaman tambahan berbanding model standard.


Pintu gunting pada P7 Wing Edition baharu ini berfungsi hampir sama seperti model P7 Wing Edition sebelumnya, di mana pintu dibuka ke atas dan ke luar untuk memberikan rupa seperti sayap, terutamanya apabila dilihat dari sudut hadapan.
Menjengah bahagian luarannya, P7 Wing Edition baharu ini turut mendapat kemasan cat matte perak eksklusif, serta beberapa trim gentian karbon di bahagian luar seperti penutup cermin sisi dan fender. Selain itu, ia hadir dengan rim tempa 21 inci baharu .


Sementara itu, di bahagian kabin pula, P7 Wing Edition hadir dengan warna baharu “Orange Radiance” dan tempat duduk sporty Dinamica yang dinaik taraf.
Warna oren ini dipadankan dengan beberapa trim gelap seperti ambang pintu bercahaya, serta trim gentian karbon tempa pada stereng, konsol tengah, dan banyak lagi.

Spesifikasi trenkuasa kekal tidak berubah daripada model standard, di mana P7 Wing Edition khas ini juga ditawarkan dalam dua varian seperti kembarnya yang tiada “sayap”.
Varian pacuan roda belakang (RWD) bermotor tunggal menghasilkan kuasa 270 kW (362 hp), digerakkan oleh pek bateri LFP 74.9 kWh yang mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 702 km mengikut piawaian CLTC.
Bagi, varian pacuan semua roda (AWD) bermotor dwi pula, ia menghasilkan kuasa gabungan 437 kW (586 hp) dan jarak perjalanan sehingga 750 km CLTC hasil daripada pek bateri NMC berkapasiti lebih besar, iaitu 92.2 kWh.
Pra-jualan bagi Xpeng P7 Wing Edition serba baharu ini telah pun bermula di China, dimana ia dijual sekitar 400,000 yuan (RM235,028).
Dikhabarkan, model P7 yang standard menerima lebih 10,000 tempahan hanya dalam beberapa minit selepas pra-jualan dibuka, maka, edisi Wing ini juga dijangka akan mendapat sambutan menggalakkan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?
Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.
02-01-2026
Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan
Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.
12-09-2025
Imej Xpeng P7 Generasi Terbaru Didedahkan – Pelancaran Suku Ketiga Nanti
Xpeng Motors mengesahkan bahawa model P7 generasi terbaru bakal membuat kemunculan global tidak lama lagi, dijangka seawal suku ketiga tahun ini.
16-05-2025
Xpeng P7+ Dilancarkan Di China – Sarat Teknologi, Cecah 725 KM, Dari RM114K
Jenama EV China, Xpeng, akhirnya memperkenalkan model sedan elektrik fastback terbaru keluarannya, Xpeng P7+.
08-11-2024
XPeng P7+ Bakal Dilancarkan Oktober Nanti – Lebih Canggih & Selesa, Sensor LOFIC Ganti LiDAR
Xpeng akan melancarkan sedan elektrik, P7+, lebih canggih dan selesa berbanding model sebelumnya. Ini spesifikasi P7+...
26-09-2024
Berita Terkini
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat