Acura RSX Didedah Di Amerika, Bakal Dilancar Secara Rasmi Tahun Depan

Nampaknya, Acura bakal menghidupkan semula nama RSX untuk model coupe crossover elektrik sepenuhnya.
Ini kerana selepas beberapa siri teaser dan khabar angin, jenama premium Honda itu akhirnya mendedahkan prototaip Acura RSX EV namun apa yang menarik ia tidak sama seperti RSX yang kita kenali sebelum ini.
Daripada reka bentuknya, jelas bahawa RSX baharu meninggalkan rekaan liftback coupe berasaskan Integra DC5 milik pendahulunya, dan beralih kepada bentuk coupe SUV crossover yang lebih popular.


Walaupun prototaip ini mengekalkan siluet coupe-SUV daripada konsep terdahulu, ia menerima beberapa ubah suai kecil untuk menjadikannya lebih realistik dan sesuai untuk pengeluaran.
Model ini hadir dengan bampar dan lampunya telah dikemas kini, manakala keseluruhan SUV ini kini menggunakan rim bersaiz 21 inci berbanding rim besar 23 inci.
Antara ciri yang terdapat pada model ini adalah lampu depan jenis LED dengan lampu nyalaan siang hari yang tajam, manakala bahagian hadapan tidak mempunyai gril.
Bagaimanapun, bahagian kabinnya masih belum didedahkan.

Namun, Acura telah mengesahkan bahawa RSX baharu ini akan dilengkapi Sistem Operasi Asimo baharu dari Honda, iaitu perisian yang direka untuk belajar daripada tabiat serta keutamaan pemandu, menyesuaikan pengalaman dalam kereta mengikut keperluan mereka.
Apa yang lebih menarik, RSX baharu ini akan menjadi model pertama yang dibina menggunakan seni bina EV global dalaman Honda, menggantikan platform berasaskan GM yang digunakan pada model EV Acura semasa.
Difahamkan, ia akan menampilkan konfigurasi dwi-motor dengan pacuan semua roda (AWD), bagi memberikan pengalaman pemanduan yang responsif dan mengujakan.

Bagi membantu RSX mencapai matlamat itu, jurutera Acura telah memberikan talaan sporty pada sistem suspensinya, yang menampilkan konfigurasi double-wishbone di hadapan dan pusat graviti yang lebih rendah.
Kuasa membrek pula akan disediakan oleh Brembo, manakala pelbagai ciri keselamatan aktif turut dilengkapkan.
Acura RSX serba baharu ini akan membuat penampilan awam di Amerika pada acara The Quail, hari ini, diikuti penampilan di Pebble Beach Concours d’Elegance pada 17 Ogos.
Versi produksi EV SUV ini dijangka dilancarkan pada separuh kedua tahun 2026, dengan pengeluaran bakal dijalankan di Honda EV Hub di Ohio.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2463
SELANGOR
BSU8148
JOHOR
JG8742J
PULAU PINANG
PSH2060
PERAK
APM7084
PAHANG
CFJ3324
KEDAH
KGJ7027
NEGERI SEMBILAN
NEM4987
KOTA KINABALU
SJU9763
KUCHING
QAB9435P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Acura RSX Kini Dilahirkan Semula Sebagai SUV Elektrik? Bukan Lagi Honda Integra
Acura RSX kini dikenali sebagai SUV sporty elektrik.
17-01-2025
Berita Terkini
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
