ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

Chery O5 ini cuma hadir dengan  varian tunggal dimana  ditawarkan pada harga cuma RM116,800.  namun harga itu ditawarkan dengan harga atas jalan tanpa insurans. 

Difahamkan, Chery O5 ini  sudah pun diperkenalkan di Rusia pada tahun lalu sebelum Indonesia dan Australia dengan nama Chery C5. 

Untuk pengetahuan anda,  Chery O5 ini adalah versi facelift bagi SUV segmen-B Omoda 5. Begitupun, pihak syarikat membuat keputusan untuk tidak menggunakan nama Omoda 5 memandangkan  jenama itu kini berada di bawah jenama Omoda | Jaecoo.

image.pngimage.pngimage.png

Melihat luaran  Chery O5, ia didatangkan dengan lampu jenis  LED dimana terdapat jalur grafik lampu nyalaan siang LED sama seperti versi EV E5. Selain itu, terdapat juga  pencahayaan Follow Me Home, lampu kabus LED hadapan dan belakang, bampar baharu yang direka bagi membentuk elemen-X pada bahagian wajahnya.

image.pngimage.png

Sementara itu, menjengah bahagian kabinnya, nampaknya ia masih mengekalkan  susun atur yang sama, dimana ia masih menggunakan paparan dwi-skrin LCD 10.25 inci, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecas telefon pintar tanpa wayar, tempat duduk hadapan berpengudaraan serta kemasan kulit tiruan.

image.pngimage.png

Dari segi mekanikal, ia menggunakan enjin 1.5 liter turbo empat silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 156hp dan 230Nm. Begitupun, ia kini dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar enam kelajuan menggantikan kotak CVT lama.

image.png

Bagi yang berminat dengan model ini, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan memandangkan ia dilengkapi dengan  enam beg udara, sistem bantuan pemanduan Tahap 2 (Level 2 ADAS) serta kamera pandangan sekeliling 540 darjah.

Ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Carbon Black, Phantom Grey, Khaki White dan Blood Stone Red, 

Di sebalik pelancaran model ni, adakah Chery O5 mampu menewaskan seterunya terdekatnya iaitu Honda HR-V dan Proton X50? Kongsikan pendapat anda!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP6710

SELANGOR

BST6147

JOHOR

JE690J

PULAU PINANG

PSF4736

PERAK

APL4145

PAHANG

CFH7023

KEDAH

KGJ204

NEGERI SEMBILAN

NEL7938

KOTA KINABALU

SJU467

KUCHING

QAB5461P

Terakhir Kemas Kini 12 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-06-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

13-02-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

09-01-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.