Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe. Model ini dijual pada harga RM722,888 dan merupakan model AMG pertama bagi coupe CLE generasi terbaru (C236) yang sebelum ini sudah diperkenalkan dalam varian CLE 300.
Ciri Mekanikal Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe


Dilengkapi dengan enjin M256M enam silinder turbo 3.0 liter yang telah dipertingkat, CLE 53 menghasilkan kuasa 449 PS serta tork 560 Nm, bertambah kepada 600 Nm semasa overboost. Enjin ini dibantu oleh sistem penjana pemula 48 volt yang menambah kuasa sebanyak 23 PS dan tork 205 Nm.
Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi AMG Speedshift TCT 9 kelajuan dan sistem pacuan semua roda AMG 4Matic+ yang membolehkan jentera ini membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 4.2 saat. Kelajuan maksimum CLE 53 ialah 250 km/j yang boleh ditingkatkan kepada 270 km/j dengan pakej AMG Driver’s Package.
CLE 53 dilengkapkan dengan brek AMG yang lebih besar bersama kaliper empat piston di hadapan dan satu piston di belakang. Suspensi AMG Ride Control menggabungkan spring besi dan peredam boleh laras adaptif untuk memberikan pemanduan yang dinamik dan selesa. Sistem stereng roda belakang juga didatangkan sebagai ciri standard.
Sentuhan AMG Yang Lebih Agresif


Dari segi rekaan, CLE 53 kelihatan berbeza dengan elemen agresif AMG, termasuk gril depan Panamericana, bampar depan AMG dengan komponen ambilan udara lebih besar, fender depan dan belakang yang lebear, bampar belakang agresif dengan empat corong ekzos, serta rim aloi AMG jejari Y 20 inci bersama kaliper brek berwarna merah yang menyerlah.






Selain itu, secara standard ia turut diberikan pakej penggayaan lain seperti AMG Exterior Night Package, AMG Night Package II dan AMG Exterior Carbon-Fibre Package I. Untuk gaya lebih ‘garang,’ pelanggan boleh memilih untuk memberikan ciri tambahan, AMG Optics Package, yang melengkapkan jentera dengan elemen aerodinamik tambahan seperti spoiler dan diffuser.
Kabin Mewah & Sporty






Aura sporty ruang kabin cukup terserlah dengan sentuhan AMG seperti tempat duduk hadapan yang diberikan balutan kulit sintetik Artico dan kain mikrofiber Microcut. Selain itu terdapa stereng sport AMG dan logo AMG pada papan pemuka (dashboard). Skrin digital 12.3 inci dan infotainmen 11.9 inci diberikan grafik khas AMG termasuk aplikasi AMG Track Pace untuk memantau prestasi pemanduan.


Model ini turut dilengkapi bumbung panoramik kecil, pengecas tanpa wayar serta pelbagai port USB-C dan sistem audio keliling 3D dari Burmester.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB7615
SELANGOR
BSQ6629
JOHOR
JYY2759
PULAU PINANG
PSC8474
PERAK
APJ681
PAHANG
CFG7296
KEDAH
KGG4254
NEGERI SEMBILAN
NEK6081
KOTA KINABALU
SJS3227
KUCHING
QAB9603N
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran
Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.
05-06-2026
Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya
Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.
05-06-2026
BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian
Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.
05-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat