- Berita
- Kereta Baru
- Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800
Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara. Perkara ini disahkan oleh pengendali jenama, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Sempena ketibaan Navara X-Tremer, pihak syarikat menganjurkan beberapa aktiviti khas dan program promosi.
Antaranya konvoi khas bersama ahli Kelab Pemilik Navara menuju ke East Coast Mall, Kuantan, di mana model baharu ini membuat penampilan sulung di khalayak ramai melalui siri jelajah di sana.

Selain itu, ETCM juga mengumumkan acara bilik pameran khas peringkat nasional bermula hari ini (19 Sept). Selain pelbagai aktiviti menarik, pelanggan yang membeli serta mendaftarkan Navara X-Tremer baharu sepanjang acara ini turut layak menikmati rebat tunai eksklusif RM8,000.
Acara bilik pameran ini berlangsung di pengedar Nissan terpilih (yang mengambil bahagian).
Berikut adalah senarai pengedar:

Bagi yang berminat, issan Navara X-Tremer 2025 yang diumumkan bulan lalu hadir dengan tiga varian:
2.5 Turbo V – RM134,800
2.5 Turbo VL – RM146,900
2.5 Turbo Pro-4X (varian tertinggi) – RM154,800

Dari segi rekaan, ia hadir dengan gril dan bampar baharu lebih lasak, kemasan fender ala gentian karbon, over fender hitam baharu, antena sirip yu, bampar belakang dengan kemasan hitam, serta pelekat pintu but gaya lebih berani.
Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan kemasan papan pemuka lembut baharu, stereng balutan kulit yang dikemas kini serta kerusi dengan fabrik Quole Modure.
Ia juga hadir dengan skrin infotainmen tengah 8 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, kerusi hadapan jenis zero-gravity untuk keselesaan optimum, konsol tengah terapung, dan banyak lagi.
Dari sudut mekanikal, ETCM mendakwa Navara X-Tremer menerima tetapan suspensi lebih mantap. Malah, Navara terus menjadi satu-satunya model dalam segmennya yang menggunakan sistem suspensi belakang multi-link, menggantikan daun spring konvensional.
Bagi ciri keselamatan pula, Navara X-Tremer baharu dilengkapi dengan pelbagai ciri ADAS (Advanced Driver Assistance System)., amaran pelanggaran hadapan prediktif (IPFCW), Brek Kecemasan Hadapan Pintar (IFEB), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Keluar Lorong, Amaran Lintasan Belakang (RCTA) dan banyak lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PDRM Guna Nissan KICKS e-POWER Untuk Operasi
Bukan Calang-Calang! PDRM Uji Kehebatan SUV Elektrik Nissan KICKS e-POWER.
05-08-2026
KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.
11-06-2026
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
03-03-2026
Jangan Beli MPV Lain Lagi! 5 Perkara Wajib Tahu Tentang Nissan Serena e-POWER C28 2026!
Ini 5 transformasi besar Nissan Serena e-Power C28 2026 yang bakal buat anda terpikat.
03-03-2026
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat
Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.
17-12-2025
REDLINE Fitness Games by NISSAN Tarik 10,000 Peserta & Penonton Luar & Dalam Negara
Pada 26 dan 27 Julai lalu, Nissan telah membawakan acara kecergasan, REDLINE Fitness Games edisi ketiga di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC).
29-07-2025
Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia.
25-07-2025
Bilik Pameran Baharu: ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB
ETCM membuka sebuah bilik pameran di Kluang, Johor baru-baru ini.
04-06-2025
Berita Terkini
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge