Rupa Model SUV Terbaru, GWM Ora Cat Bocor – Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini…

Imej SUV crossover GWM Ora Cat terbaru kini tersebar di dunia maya setelah dokumen yang difailkan GWM kepada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China dibocorkan. Sama tetapi tidak serupa, model kompak ini boleh dianggap sebagai ‘kembar’ yang lebih besar kepada GWM Ora Good Cat yang telah dipasarkan di Malaysia.
Mirip Porsche 911?
Secara visualnya, terutamanya dari sudut depan, model yang didedahkan ini mirip Porsche 911 dengan lampu hadapan bulat yang unik, sama seperti pada hatchback Good Cat. Ciri lain yang sama adalah bampar hadapan dengan komponen ambilan udara pada kedua-dua belah dan jalur lampu LED yang berkelebaran penuh di bahagian belakang.

Perbezaan paling ketara terletak pada kehadiran rel bumbung yang tipikal pada SUV, pemegang pintu biasa menggantikan jenis terbenam, tempat pengecas di bahagian fender depan sebelah kanan, rim berukuran 18 inci serta pilihan pemasangan sensor LiDAR.

Dari segi ukuran, model ini berkepanjangan 4,471 mm, lebar 1,883 mm dan tinggi 1,641 mm dengan jarak roda 2,720 mm, jelas lebih besar berbanding Good Cat dengan pertambahan ukuran melebihi 40-230 mm bagi setiap dimensi. Berat pula adalah sekitar 1,630 hingga 1,665 kg.
Ciri Mekanikal GWM Ora Cat
Model ini dijana oleh motor elektrik tunggal berkuasa 201 hp yang dibangunkan anak syarikat GWM, Hycet, dengan bateri LFP dari SVOLT, namun kapasitinya belum didedahkan buat masa ini. Kelajuan maksimum dikhabarkan mencapai 170 km/j. Butiran lain dijangka diumumkan semasa pelancaran rasminya di pasaran China tahun ini.
GWM Ora Good Cat GT Di Malaysia
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Di Malaysia, model kembarnya, GWM Ora Good Cat, baru-baru ini tampil garang dalam versi sporty, GT, yang ditayangkan kepada umum semasa Perarakan Hari Merdeka sebagai sebahagian konvoi EV anjuran MITI. Varian agresif bagi model comel ini dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu dalam suku ini.
Baca: GWM Ora Good Cat GT – EV Kecil Yang 'Garang' Ini Muncul Di Perarakan Merdeka
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2463
SELANGOR
BSU8148
JOHOR
JG8742J
PULAU PINANG
PSH2060
PERAK
APM7084
PAHANG
CFJ3324
KEDAH
KGJ7027
NEGERI SEMBILAN
NEM4987
KOTA KINABALU
SJU9763
KUCHING
QAB9435P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge