ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Sempena bulan kemerdekaan, ayuh kita mengimbau kembali peristiwa yang membanggakan tanah air tercinta. Walau negara kita masih lagi belum mencapai taraf negara maju, namun tidak bermakna kita jauh ketinggalan di belakang. Salah satu buktinya ialah penubuhan PROTON, pengeluar kereta pertama Malaysia yang berjaya menembusi pasaran luar negara.


BERMULA DENGAN IDEA, BERAKHIR SEBAGAI SATU REALITI




Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) merupakan cetusan idea Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Cadangan ini disampaikan kepada presiden Mitsubishi yang melawat Malaysia pada tahun 1981. Bukan sekadar ‘kata-kata kosong’ kerana pada bulan Februari 1982, pasukan projek di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan sebelum menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.




Pada 7 Mei 1983 dengan modal berjumlah RM 150 juta, tertubuhnya Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) secara rasmi sebagai jenama pengeluar kereta negara yang pertama. Penubuhan syarikat ini dibuat pada ketika itu bagi mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. 


PRODUK PERTAMA: PROTON SAGA 


Bermula hanya daripada sebuah lakaran di atas kertas kosong, kereta nasional pertama negara Malaysia, Proton Saga, akhirnya dilancarkan pada tanggal 9 Julai 1985. 


Tahukah anda? Proton Saga turut dilancarkan di United Kingdom pada 16 Mac 1989, dan terjual dengan larisnya, di mana sasaran 12 bulan berjaya dicapai dalam masa hanya enam bulan!


​​Proton Saga yang bakal dieksport ke UK


BAGAIMANA KERETA PERTAMA NEGARA MENDAPAT NAMA 


Kedengaran ringkas sahaja namanya, ‘Saga,’ tetapi, panjang juga kisah di sebalik nama kereta pertama Malaysia ini. Proton Saga mendapat nama tersebut melalui ‘Pertandingan Menamakan Kereta Nasional’ yang dianjurkan Proton. Pertandingan yang diadakan ini menerima sambutan ramai, khabarnya, lebih daripada 100,000 penyertaan!


Nama ‘Saga’ diberikan oleh bukan seorang, tetapi 11 peserta, namun peserta yang bernama Sarjan Ismail Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Divisyen, Pulau Pinang pada ketika itu terpilih sebagai pemenang. Kenapa beliau yang terpilih sebagai juara?


Al-kisahnya, sewaktu beliau sedang bermain permainan Scrabble bersama rakan sekerja lain, beliau telah menyusun frasa ‘saga’ yang di dalam bahasa Inggeris membawa maksud ‘kisah yang panjang.’ Dari frasa ini, beliau mendapat idea untuk menterjemahkan setiap huruf dalam frasa itu kepada yang berikut:


S = Safety, Stability (keselamatan, kestabilan)


A = Achievement (pencapaian)


G = Greatness (keagungan)


A = Ability (kebolehan)


Maksud di sebalik ‘saga’ yang diselitkan dalam penyertaannya itu membuatkan beliau menonjol berbanding peserta lain. Bukanlah daripada biji buah ‘saga’ seperti yang ramai sangkakan. 




Nama ‘saga’ juga dipilih kerana tidak membawa maksud yang negatif sama ada dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris selain mudah untuk disebut oleh penutur bahasa lain. Sebagai ganjaran atas kemenangannya, beliau turut menerima Proton Saga sebagai hadiah. 


EVOLUSI PROTON SAGA


PROTON SAGA GENERASI PERTAMA


PROTON SAGA (1985-1992)




Inilah Proton Saga yang mendapat tempat paling istimewa dalam sejarah negara. Proton Saga generasi pertama ini dibina berlandaskan platform Mitsubishi Lancer Fiore.


Mitsubishi Lancer Fiore


Ia dikuasakan oleh enjin 1.3L 4G13 Orion II dan 1.5L 4G15 Orion II, masing-masing pada ketika itu ditawarkan pada harga  RM17,575 dan RM19,000.


Dr Mahathir telah menghadiahkan Proton Saga edisi pertama dengan nombor pendaftaran Proton 1 kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong.




Pada tahun 2019, Sultan Johor, Sultan Ibrahim, berkenan menghantar Perdana Menteri ke Lapangan Terbang Senai dengan memandu sendiri kereta Proton Saga yang pernah dihadiahkan oleh Tun Dr Mahathir kepada Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1985 dahulu.





PROTON SAGA AEROBACK (1987 – 1992)




Pada tahun 1987, dilancarkan Proton Saga yang diberikan wajah baharu dalam versi hatchback. Pada asalnya ia diberi nama Proton Knight sebelum kemudiannya dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.


Iklan Proton Knight suatu ketika dulu:



PROTON SAGA ISWARA (1992 – 2006)




Dalam bulan kemerdekaan iaitu pada 15 Ogos 1992, Saga facelift baharu dilancarkan di Dataran Merdeka dengan nama Proton Saga Iswara. Nama ini diilhamkan daripada nama spesis rama-rama Helen atau Papilio iswara yang terdapat di Sarawak. Model ini dibina berlandaskan platform Saga Megavalve dengan reka bentuk luaran yang diperbaharui oleh sebuah firma Britain. 


Model ini ditawarkan dalam versi sedan 4 pintu dan hatchback 5 pintu dengan dua pilihan enjin iaitu Orion 1.3L dan 1.5L. Orang ramai boleh memilih sama ada transmisi 5 atau 3 kelajuan. Model ini sangat popular dalam kalangan pemandu teksi di Malaysia.


Iklan Proton Saga Iswara suatu ketika dulu:


 


PROTON SAGA LMST (2003 – 2008)




Apa LMST ini? Saga LMST merujuk kepada ‘Lotus Meter Saga Trim,’ sebuah hatchback yang dibina berasaskan platform sama seperti model sebelum ini. Namun ruang dalamnya tampil lebih moden dengan papan pemuka atau dashboard baharu. Sudut luarnya juga diberikan sentuhan baharu. Keluaran kali ini menggunakan enjin karburator 1.3L 4G13 Mitsubishi. 


PROTON SAGA GENERASI KEDUA


PROTON SAGA  BLM (2008 – 2010)


Pada 18 Januari 2008, Proton melancarkan Saga generasi kedua yang dikenali sebagai Saga BLM (Base Line Model). Ini merupakan model pertama dengan logo korporat terbaharu daripada Proton pada ketika itu. Ditawarkan dalam tiga varian iaitu N-Line, B-Line dan M-Line dengan harga dari  RM31,498 hingga RM39,998 semasa pelancaran. Kesemua varian dikuasakan oleh enjin 1.3 liter CamPro IAFM.


PROTON SAGA FL (2010-2011)


Saga FL (singkatan kepada facelift) dipertontonkan kepada orang awam pada 30 November 2010 semasa Thai International Motor Expo 2010. Tidak banyak perubahan yang diberikan dari segi teknikal dan pada ruang kabin kereta, tetapi tampil lebih moden dengan sistem audio Clarion baharu, serta port USB dan AUX. 


Tumpuan lebih banyak diberikan kepada bahagian luarnya dengan perubahan yang dapat dilihat pada bampar belakang, rim, gril dan lampu depan. 


PROTON SAGA FLX (2011 – 2016)


Tidak sampai setahun, lapan bulan selepas Saga FL dilancarkan, Proton hadir pula dengan Saga FLX yang dikuasakan oleh enjin CamPro IAFM. Saga ini dilengkapkan dengan ciri keselamatan seperti beg udara, sistem brek antikunci (ABS) serta pengagihan daya brek elektronik (EBD). Saga FLX ini dikatakan lebih baik untuk pemanduan jarak jauh berbanding FL dan ditawarkan dengan kit badan, spoiler pada penutup but dan rim aloi enam jejari 14 inci. 


PROTON SAGA GENERASI KETIGA




Diperkenalkan pada 28 September 2016, Saga ini dibina berasaskan platform Saga FLX dengan enjin yang sama seperti Iriz iaitu VVT 1.3L. Keluaran kali ini diberikan sentuhan baharu bukan sahaja di bahagian luar tetapi juga di dalam. Generasi ketiga ini menerima pengiktirafan 4-bintang ASEAN NCAP dalam ujian pelanggaran.


PROTON SAGA GENERASI KEEMPAT (TERKINI)




Proton Saga generasi keempat yang hadir dengan beberapa penambahbaikan telah dilancarkan di ibu pejabat Proton, Shah Alam pada 12 Mei 2022. Untuk generasi terbaharu ini, varian Premium S ditambah pada barisan produk. Di samping itu, ia turut menggunakan logo bulat Proton yang baharu. 


Proton Saga 2022 ini dikuasakan oleh enjin 1.3L empat silinder  16-injap DOHC VVT dengan output maksimum 94 hp/120 Nm. Harga dengan cukai SST ialah dari RM 35,914.55 ke RM 46,162.60. Untuk mengetahui lebih terperinci mengenai Proton Saga 2022, boleh klik di sini.


PROTON MENEPIS ‘PANDANGAN SINIS’ ORANG 


Bukan mudah menjadi yang ‘pertama’ atau pelopor sesuatu yang baharu, ketika mana negara masih tidak begitu maju dari segi teknologi, masih kekurangan pakar dalam bidang automotif, Proton telah ditubuhkan, dan tidak lama kemudian, model pertama, Proton Saga dilancarkan. Dapat dibayangkan, ini bukanlah satu proses yang mudah. 




Segelintir orang mengkritik Proton kerana dikatakan sekadar melakukan penjenamaan semula model kereta Mitsubishi, tanggapan ini sebenarnya salah. 


Kerjasama antara Proton dan syarikat Mitsubishi dilihat sebagai salah satu strategi untuk memindahkan kepakaran bidang automotif kepada jurutera dan pereka kereta tempatan. Buktinya? Kereta-kereta lain keluaran Proton misalnya Proton Gen-2, Persona, Savvy dan Iriz dihasilkan 100% oleh orang tempatan. Bangga tak jadi rakyat Malaysia? 




Semoga lebih banyak lagi pencapaian membanggakan akan mewarnai sejarah negara kita. Selamat menyambut bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-65!


Baca: Nak Tahu Model Kereta Tak Jatuh Harga? Baca Ini


Baca: Saga Baharu, Harga Bermula Dari RM34K

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQG9940

SELANGOR

BSL5287

JOHOR

JYP4464

PULAU PINANG

PRX4523

PERAK

APD9594

PAHANG

CFE7084

KEDAH

KGD7362

NEGERI SEMBILAN

NEJ2358

KOTA KINABALU

SJP6731

KUCHING

QAB9840M

Terakhir Kemas Kini 08 Jan, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

-0.02

RON 97

RM 3.11

-0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.89

-0.05

EURO 5 B7

RM 3.09

-0.05

Terakhir Kemas Kini 08 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto
EV

01-02-2023
Berita Auto

21-01-2023
Teknologi

05-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji?  – Ini Jawapan Kerajaan

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto
Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026
Berita Auto
Tambang RM328 Ke Sarawak, RM398 Ke Sabah Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

Tambang RM328 Ke Sarawak, RM398 Ke Sabah Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

AirAsia mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan dengan menawarkan harga tiket pada kadar RM328 bagi penerbangan ke Sarawak dan RM398 bagi laluan Sabah sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri pada tahun ini.

08-01-2026
Berita Auto
Penerbangan MH21 Patah Balik, Ada Sebabnya!

Penerbangan MH21 Patah Balik, Ada Sebabnya!

Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) semalam berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas.

08-01-2026
Berita Auto
Kenapa Setiap Tahun Muncul Isu Tambang Van Sekolah Naik?

Kenapa Setiap Tahun Muncul Isu Tambang Van Sekolah Naik?

Sesi persekolahan tahun 2026 akan bermula dalam beberapa hari lagi, namun golongan ibu bapa sudah mula menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan tambang van sekolah di media sosial.

08-01-2026
Berita Auto
51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan.

07-01-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto
Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.