ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Teaser Proton Saga Generasi Baharu Dipertontonkan – Sah Ada Ciri ADAS!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton-Saga-MC3-Render-Theottle-1.jpg


Semasa majlis pelancaran kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) Proton yang pertama di Tanjung Malim, Perak, satu kejutan diberikan apabila Proton menayangkan video teaser model Saga generasi terbaru. Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pengerusi dan Pengasas Geely Group, Li Shufu. 


Lebih Eksklusif & Canggih? 


WhatsApp-Image-2025-09-04-at-14.07.54-(2).jpegWhatsApp-Image-2025-09-04-at-14.07.54-(1).jpegWhatsApp-Image-2025-09-04-at-14.07.55.jpegWhatsApp-Image-2025-09-04-at-14.07.56-(1).jpeg


Video teaser tersebut memberikan gambaran awal tentang reka bentuk sedan ini yang kelihatan lebih eksklusif berbanding generasi sebelumnya. Proton mengesahkan Saga terbaru masih menggunakan platform AMA yang telah diberikan perubahan besar. 


WhatsApp-Image-2025-09-04-at-14.08.00.jpegWhatsApp-Image-2025-09-04-at-14.08.01.jpeg

 Jurucakap Proton mengesahkan kehadiran kedua-dua ciri brek kecemasan automatik (AEB) dan pengesanan titik buta (BSD) dalam video khas yang ditayangkan itu.

Proton-Saga-MC3-Spyshot-JohnnyTanFB.jpg


Foto prototaip Saga generasi baharu yang diambil awal tahun ini menunjukkan terdapat satu sensor optik di bahagian tengah atas cermin hadapan.


Perubahan besar-besaran terhadap platform itu mungkin melibatkan kehadiran sistem elektrikal dan elektronik (E&E) baharu yang membolehkan model itu dilengkapi dengan ciri bantuan pemandu canggih (ADAS) atau sekurang-kurangnya fungsi asas yang ditawarkan dalam teknologi ADAS dengan ciri seperti brek kecemasan autonomi (AEB) dan pengesanan titik buta (BSD). Perkara ini disahkan jurucakap Proton melalui segmen temubual di dalam video tersebut. 


Baca: Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?


Enjin 1.5 Liter Yang Lebih Berkuasa


WhatsApp-Image-2025-09-04-at-14.08.01-(1).jpeg


Proton turut mendedahkan bahawa Saga generasi terbaru itu bakal menggunakan “trenkuasa 1.5 liter baharu,” dipercayai enjin 4 silinder aspirasi natural yang diadaptasi daripada enjin turbo 1.5 liter pada model X50 facelift.


Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan melalui teaser Saga yang ditayangkan Proton. Walaupun tiada sebarang pengumuman dibuat mengenai tarikh pelancarannya, kami tidak menolak kemungkinan model kesayangan rakyat Malaysia ini akan muncul tidak lama lagi, mungkin dalam suku terakhir (Q4) tahun ini. 

Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU8932

SELANGOR

BSU5431

JOHOR

JG2104J

PULAU PINANG

PSG6473

PERAK

APM4230

PAHANG

CFJ1906

KEDAH

KGJ5452

NEGERI SEMBILAN

NEM3609

KOTA KINABALU

SJU6463

KUCHING

QAB8024P

Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-10-2026
Tips

22-09-2026
Berita Auto

05-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

18-11-2025
Kereta Baru

11-11-2025
Berita Auto

28-10-2025
Berita Auto

03-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun

Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.

22-10-2026
Berita Auto

Berapa Kematian Libatkan Motosikal?

Kematian Kemalangan 2025: Motosikal Catat 66% Kes.

21-10-2026
Berita Auto

SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?

Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?

21-10-2026
Berita Auto

Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta

Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.

21-10-2026
Berita Auto

Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.

21-10-2026
Berita Auto

GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia

GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.

21-10-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.

21-10-2026
Berita Auto

SARA, BUDI95 Perlu Kecualikan Golongan Kaya

Kaji semula SARA dan BUDI95 Untuk Orang Kaya.

20-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.