Petron Lakar Sejarah, Buka Stesen Yang Ke-800, Tahniah!

Petron Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila membuka tesen minyak yang ke-800 di Petron Pedas-Linggi Layby Southbound, Lebuhraya Utara-Selatan PLUS.
Stesen seluas 4,047 kaki persegi itu direka untuk memenuhi keperluan para pemandu setempat mahupun pemandu jarak jauh yang menuju ke arah Selatan.
Ia juga dibuka tepat pada masanya bagi menampung peningkatan trafik sempena cuti persekolahan serta perayaan yang akan datang pada Januari ini.

Stesen minyak menyediakan pelbagai tawaran di dalam kedai Treats seperti Dunkin, Costa Coffee dan Automated Teller Machine (ATM), selain menawarkan bahan api yang berkualiti seperti Blaze 100 Euro 4M, Blaze 97 Euro 4M, Blaze 95 Euro 4M, Turbo Diesel Euro 5 and Diesel Max Euro 5.
Stesen minyak ini juga merupakan stesen Petron pertama yang dilengkapi dengan kioks Quick Treats di mana pelanggan boleh membeli minuman dan makanan ringan dengan mudah dan cepat.

Sementara itu, Pengurus Besar Petron Malaysia, Mohd Nizam Mansor berkata, pembukaan stesen minyak yang ke-800 itu menandakan pengakhiranyang hebat buat tahun 2024.
Ini membuktikan komitmen kami dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada lebih ramai rakyat Malaysia selain daripada memenuhi keperluan bahan api mereka,” katanya.
Dalam perkembang lain, Petron Malaysia turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi minyak percuma selama setahun.
Kempen yang diadakan di seluruh negara ini telah berlangsung sejak 1 Disember lalu dan akan berakhir pada 31 Mac ini.
Para pelanggan yang membeli petrol bernilai minimum RM250 dan mendaftarkan Kad Petron Miles mereka atau Aplikasi Mudah Alih Petron, akan layak untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah petrol yang bernilai lebih daripada RM200,000 (tertakluk kepada Terma dan Syarat).
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.petronmiles.com.my/home.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS4830
SELANGOR
BSN7494
JOHOR
JYU1097
PULAU PINANG
PSB1099
PERAK
APG3762
PAHANG
CFG451
KEDAH
KGF307
NEGERI SEMBILAN
NEJ9213
KOTA KINABALU
SJR1876
KUCHING
QAB4957N
Terakhir Kemas Kini 03 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Petron Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri
Petron Malaysia berkolaborasi dengan PDRM, JPJ, Applecrumby®, NESQ, Farm Fresh dan snskidz untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.
04-04-2024
Halang Kereta Di Lebuhraya PLUS, Ejen Tarik Kereta Dicekup
Polis menahan seorang suspek yang juga pemilik kenderaan yang disyaki menghalang lalu lintas di Lebuh raya PLUS.
03-07-2025
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat