ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Fulwin T11 Dilancar Di China, Boleh Capai Gerak 1,400KM

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Chery  melancarkan secara rasminya  SUV EREV (Electric Range Extender Vehicle) baharu mereka, Chery Fulwin T11 di pasaran China, baru-baru ini.

image.pngimage.png

Dengan harga bermula hanya dari  249,900 yuan (≈ RM147,381), SUV EREV ini dilengkapi dengan pelbagai ciri dan teknologi terkini termasuk sistem bantuan pemanduan Chery Falcon 500 dan Falcon 700 ADAS yang baharu.

image.png

Di pasaran luar seperti Rusia, ia dikenali  sebagai Exeed ET8. Melihat luarannya, Fulwin T11 menampilkan rekaan SUV yang elegan dengan sentuhan mewah pada setiap perincian. Ia hadir dengan  lampu depan jenis LED nipis, gril gril menegak, rim aloi 21 inci, lampu belakang LED penuh, dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Sebagai model flagship Chery Fulwin, T11 merupakan SUV bersaiz besar dengan dimensi 5,150 mm panjang, 1,995 mm lebar, dan 1,800 mm tinggi, serta jarak roda 3,120 mm. Ini  menjadikannya setara dengan SUV premium seperti Mercedes-Benz GLS, BMW X7, Hyundai Palisade, dan Mazda CX-90.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan  konfigurasi tiga baris tempat duduk (6 tempat duduk, susun atur 2-2-2). Baris kedua dilengkapi dengan dua kerusi gaya kapten yang boleh direbah sepenuhnya dan mempunyai fungsi pengudaraan.

Sementara itu, penumpang belakang juga ditawarkan dengan pebagai  kemudahan seperti skrin infotainmen  17.3 inci,ada peti sejuk dan meja lipat. Tidak dinafikan, kabinnya agak mewah kerana ia menampilkan rekaan  futuristik, selain terdapat skrin infotainmen 30 inci 6K di tempat duduk penumpang hadapan, serta kluster digital 10.25 inci.

Antara kemudahan lain ialah terdapat sistem audio 23 pembesar suara,pengecas tanpa wayar, stereng dua jejari,bumbung kaca panorama dan ruang buat seluas 1,590 liter.

image.png

Dari segi trenkuasa pula, T11 dikuasakan oleh sistem EREV terkini Chery, yang menggabungkan enjin petrol 1.5L turbo 4 silinder. Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa setakat   141 hp dan 215 Nm. 

Model ini ditawarkan dalam versi RWD atau AWD, dengan versi dua motor elektrik menghasilkan sehingga 463 hp (345 kW) dan 634 Nm.

Apa yang cukup menarik ialah, ia yang disumbat dengan bateri LFP 36.68 kWh atau 39.92 kWh mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 1,400 km (berdasarkan piawaian CLTC).

Di bawah pengecasan pantas, T11 hanya mengambil masa 15 minit untuk mengecas dari 30% hingga 80%.


image.png

Apa pula pandangan anda, jika Chery memperkenalkan T11 di Malaysia, adakah anda lebih suka ia dijual sebagai Chery atau Exeed?


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM3976

SELANGOR

BST1768

JOHOR

JC9648J

PULAU PINANG

PSE9843

PERAK

APK9028

PAHANG

CFH5280

KEDAH

KGH6927

NEGERI SEMBILAN

NEL5479

KOTA KINABALU

SJT6608

KUCHING

QAB4432P

Terakhir Kemas Kini 25 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026
Global
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.