JMS 2025: Mazda Vision-X Coupe & Vision-X Compact Ditunjuk


Mazda telah mencuri tumpuan di Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 yang sedang berlangsung apabila memperkenalkan dua kereta konsep terbaharunya iaitu Mazda Vision-X Coupe dan Vision-X Compact, baru-baru ini.
Selain daripada reka bentuk yang cukup radikal, kedua-dua kereta konsep ini menonjolkan penyelesaian mobiliti lestari pengeluar tersebut menjelang tahun 2035.

Melihat Mazda Vision-X Coupe, rekaanya jelas menunjukkan ia dibina berdasarkan bahasa reka bentuk Kodo yang ikonik namun dimodenkan. Menjengah bahagian hadapannya, ia hadir ddengan gril tertutup yang diapit oleh lampu utama dengan sambungan lampu siang LED berbentuk taring selain terdapat saluran udara bawah yang lebar.

Dari sisi pula, terdapat hud hadapan yang panjang manakala bahagian belakangnya pula kelihatan sporty namun ia tidak dilengkapi dengan cermin sisi fizikal atau pemegang pintu.
Dari bahagian belakang pula, Vision-X Coupe menampilkan reka bentuk yang minimalis namun elegan, dengan cermin belakang condong selain tertera perkataan Mazda pada pintu but. Kereta konsep ini turut menggunakan rim lima jejari bersaiz besar dengan reka bentuk separa tertutup.

Dari segi dimensi, Vision-X Coupe agak besar dengan berukuran panjang 5,050 mm, lebar 1,995 mm, tinggi 1,480 mm, dan jarak roda 3,080 mm. Ini menjadikannya lebih besar daripada Mazda6.

Menjengah bahagian dalamannya, ia ukup sarat dengan ciri berteknologi tinggi dan futuristik, manakala dilengkapi dengan skrin tengah bersaiz besar yang memanjang hingga ke tempat duduk penumpang hadapan. Namun kluster meter dikekalkan secara berasingan. Susun atur empat tempat duduk dengan balutan dua tona, konsol tengah lebar, serta tuil gear menyerupai bola besbol turut menambah keunikan ruang ini.


Dari segi kuasa pemanduan, Vision-X Coupe menampilkan sistem hibrid plug-in (PHEV) dimana ia digabungkan dengan motor elektrik tunggal dan pek bateri besar. Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 503 hp (375 kW), dengan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 160 km dan jarak keseluruhan 800 km.
Lebih menarik, konsep ini turut dilengkapi dengan teknologi penangkapan CO₂ milik Mazda sendiri.

Namun lain pula Mazda Vision-X Compact. Model ini menggambarkan visi Mazda untuk kereta bandar masa depan. Seperti kembarnya yang lebih besar, konsep hatchback ini juga mempunyai reka bentuk hadapan tertutup sepenuhnya, lampu utama LED tajam dengan taring bercahaya, serta logo Mazda bercahaya.
Model kelihatan agak futuristik selain hadir dengan kamera sisi digital, pemegang pintu jenis bersembunyi manakala bahagian belakangnya pula berbentuk bulat dan ada bumbung kaca panoramik penuh.
Dari segi dimensi, Vision-X Compact berukuran panjang 3,825 mm, lebar 1,795 mm, tinggi 1,470 mm, dan jarak roda 2,515 mm — menjadikannya lebih kecil daripada Mazda2 hatchback dan Mazda MX-5.


Bahagian dalamannya mengekalkan gaya moden dan minimalis, dengan kluster meter digital bulat sebagai satu-satunya paparan yang kelihatan di sebalik stereng bawah rata.
Mazda turut menjelaskan bahawa konsep ini akan menampilkan rakan pintar kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pemandu dan kenderaan saling berhubung antara satu sama lain.


AI ini dikatakan mampu membaca dan memahami emosi pemandu, selain memaparkan senarai main lagu atau laluan alternatif berdasarkan mood pengguna.
Apa yang menariknya, AI ini juga mampu berdiam diri apabila pemandu tidak mahu berbual.

Walaupun teknologi AI sebegini masih jauh untuk direalisasikan, Mazda sudah pun mengambil langkah awal dengan mengumumkan bahawa Google Gemini akan menggantikan Google Assistant dalam beberapa model mereka tidak lama lagi melalui kemas kini perisian masa depan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat