Chery Fulwin T11 Dilancar Di China, Boleh Capai Gerak 1,400KM

Chery melancarkan secara rasminya SUV EREV (Electric Range Extender Vehicle) baharu mereka, Chery Fulwin T11 di pasaran China, baru-baru ini.


Dengan harga bermula hanya dari 249,900 yuan (≈ RM147,381), SUV EREV ini dilengkapi dengan pelbagai ciri dan teknologi terkini termasuk sistem bantuan pemanduan Chery Falcon 500 dan Falcon 700 ADAS yang baharu.

Di pasaran luar seperti Rusia, ia dikenali sebagai Exeed ET8. Melihat luarannya, Fulwin T11 menampilkan rekaan SUV yang elegan dengan sentuhan mewah pada setiap perincian. Ia hadir dengan lampu depan jenis LED nipis, gril gril menegak, rim aloi 21 inci, lampu belakang LED penuh, dan banyak lagi.


Sebagai model flagship Chery Fulwin, T11 merupakan SUV bersaiz besar dengan dimensi 5,150 mm panjang, 1,995 mm lebar, dan 1,800 mm tinggi, serta jarak roda 3,120 mm. Ini menjadikannya setara dengan SUV premium seperti Mercedes-Benz GLS, BMW X7, Hyundai Palisade, dan Mazda CX-90.


Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan konfigurasi tiga baris tempat duduk (6 tempat duduk, susun atur 2-2-2). Baris kedua dilengkapi dengan dua kerusi gaya kapten yang boleh direbah sepenuhnya dan mempunyai fungsi pengudaraan.
Sementara itu, penumpang belakang juga ditawarkan dengan pebagai kemudahan seperti skrin infotainmen 17.3 inci,ada peti sejuk dan meja lipat. Tidak dinafikan, kabinnya agak mewah kerana ia menampilkan rekaan futuristik, selain terdapat skrin infotainmen 30 inci 6K di tempat duduk penumpang hadapan, serta kluster digital 10.25 inci.
Antara kemudahan lain ialah terdapat sistem audio 23 pembesar suara,pengecas tanpa wayar, stereng dua jejari,bumbung kaca panorama dan ruang buat seluas 1,590 liter.

Dari segi trenkuasa pula, T11 dikuasakan oleh sistem EREV terkini Chery, yang menggabungkan enjin petrol 1.5L turbo 4 silinder. Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 141 hp dan 215 Nm.
Model ini ditawarkan dalam versi RWD atau AWD, dengan versi dua motor elektrik menghasilkan sehingga 463 hp (345 kW) dan 634 Nm.
Apa yang cukup menarik ialah, ia yang disumbat dengan bateri LFP 36.68 kWh atau 39.92 kWh mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 1,400 km (berdasarkan piawaian CLTC).
Di bawah pengecasan pantas, T11 hanya mengambil masa 15 minit untuk mengecas dari 30% hingga 80%.

Apa pula pandangan anda, jika Chery memperkenalkan T11 di Malaysia, adakah anda lebih suka ia dijual sebagai Chery atau Exeed?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge