ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Deepavali: 2 Tren ETS Tambahan Disediakan Sempena Deepavali

Suhana Veru

Kongsi melalui

Untitled-design---2025-10-04T200058.378.jpg

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan setiap hari bermula 17 hingga 22 Oktober bagi laluan Padang Besar – KL Sentral dan sebaliknya, sempena sambutan perayaan Deepavali.

KTMB berkata, perkhidmatan tren tambahan yang akan beroperasi selama enam hari ini, bertujuan memenuhi permintaan penumpang yang dijangka meningkat pada sambutan perayaan Deepavali.

“Penjualan tiket tambahan tersebut akan bermula pada 7 Oktober ini mulai pukul 10 pagi.

"Tren tambahan ini menawarkan sebanyak 630 tempat duduk sehari, menjadikan jumlah keseluruhan tempat duduk sebanyak 3,780 ditawarkan, termasuk koc kelas perniagaan,” katanya.

Jadual operasi tren ETS tambahan bagi ETS Padang Besar ke KL Sentral berlepas pukul 11.05 pagi dan tiba 4.30 petang dengan nombor tren 9283.

Bagi ETS dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pukul 5 petang dan tiba pukul 10.20 malam dengan nombor tren 9286.

Penumpang disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile atau laman sesawang rasmi KTMB dan membuat pembayaran menggunakan KTM wallet bagi mempercepatkan proses pembelian tiket.

“Mereka juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan membuat pembelian tiket lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan serta mengelakkan pembelian pada saat akhir.

Sehubungan itu, pengguna juga diingatkan untuk tiba 30 minit lebih awal di stesen kerana pintu masuk akan ditutup lima minit sebelum tren berlepas.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL4756

SELANGOR

BSS8544

JOHOR

JC5489J

PULAU PINANG

PSE7674

PERAK

APK7264

PAHANG

CFH4732

KEDAH

KGH5931

NEGERI SEMBILAN

NEL4682

KOTA KINABALU

SJT5735

KUCHING

QAB4140P

Terakhir Kemas Kini 19 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-01-2026
Berita Auto

08-01-2026
Berita Auto

05-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

17-12-2025
Berita Auto

15-12-2025
Berita Auto

12-12-2025
Berita Auto

09-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras

Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?

18-08-2026
Berita Auto

Proton Persona Bakal Dihentikan, Serah Baton Selepas Jualan Hampir 500k Unit

Proton Persona Bakal Dihentikan: 19 Tahun Memori & 472k Unit Terjual.

18-08-2026
Berita Auto

RXZ Members Minta LPT Tutup Seketika?

Penganjur RXZ Members Perjelas Isu Tutup LPT.

18-08-2026
Berita Auto

Baik Jalan Di Malaysia – Geng Motor Bengang Kena Saman Di Hatyai

Isu Saman Konvoi Di Hatyai: Tok Singa Syor Pemandu Malaysia Melancong Dalam Negara.

18-08-2026
Berita Auto

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.

18-08-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur

Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.

17-08-2026
Berita Auto

PM Naik Zeekr 009 Viral Sebab No Plat

PM Naik Zeekr 009 — Plat VHY 1947 Curi Tumpuan, Rupanya Ada Maksud Tersirat.

17-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.