ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

EV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 5 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bemula RM56,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Proton e.MAS 5 hadir dalam dua varian iaitu Prime dan Premium dimana masing-masing dijual pada harga RM59,800 dan RM72800.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, sempena pelancaran istimewa dengan rebat RM3,000, varian Premium dijual pada harga cuma RM69,800 manakala Prime pula hanya RM56,800. Namun harga dengan rebat ini hanya sah hingga 31 Disember 2025.

Lebih menarik ia hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan  selama enam tahun, waranti bateri dan komponen 8 tahun atau 160,000km

.image.png

Malah, Pro-Net turut menawarkan pakej Power Xchange iaitu rebat  RM2,000 untuk pelupusan kenderaan lama yang tidak lagi layak di jalan raya, Power Online (Data Internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800), Power Financing  Pembiayaan 5 tahun dengan kadar faedah 1.98% melalui Proton Commerce bernilai RM1,700, Power Home (Pengecas rumah 7kW bernilai RM1,500) dan Power Trade-in – Rebat tukar beli eksklusif melalui Carsome bernilai RM1,000

Mesengenai varian Prime, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti LFP 30.12kWh serta motor 58kW (78hp) dengan tork 130Nm. Untuk itu, ia menawarkan pemanduan kitar 225KM manakala varian Premium dikuasakan oleh bateri LFP 40.16kWh bersama motor 85kW (114hp).

Varian tinggi ini  disumbat dengan motor  85kW (114hp) yang menghasilkan tork 150Nm. Varian Premium mampu mencatat jarak pemanduan sehingga 325km berdasarkan piawaian WLTP.

Kedua-dua varian ini turut hadir dengan ruang frunk 70L, ruang simpanan bawah tempat duduk belakang 28L, ruang but antara 375L namun boleh dibesarkan kepada 1,320 liter sekiranya kerusi belakang direbahkan.

Mengenai kabin, iyang penting ia hadir dengan sokongan Apple CarPlay, Android Auto, infotainmen  14.6 inci Full HD dengan sistem Atlas Auto OS,  peta pengecasan EV masa nyata, sokongan aplikasi Proton e.MAS, tempat duduk kulit sintetik (leatherette), sistem pacuan roda belakang (RWD), dan suspensi belakang jenis multi-link.

Dari segi dimensi, e.MAS 5 berukuran 4,135 mm (Panjang), jarak roda 2,650 mm, lebar 1,805 mm dan tinggi 1,570 mm sekali gus menjadikannya hampir sama dengan saiz Proton Iriz.

image.png

Dari segi pengecasan, model ini dikatakan hanya mengambil sekitar 21 minit untuk mengecas dari 30% hingga 80%. Masa pengecasan DC ini hampir sama dengan e.MAS 5 Premium, yang mempunyai kelajuan pengecasan DC pada 71kW

Kedua-dua varian turut menyokong pengecasan AC 6.6kW (1 fasa). Untuk pengecasan penuh (10% ke 100%), e.MAS 5 Prime mengambil masa sekitar 4.3 jam, manakala e.MAS 5 Premium memerlukan kira-kira 5.9 jam kerana kapasiti baterinya lebih besar.

Mengenai ciri keselamatan, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan. Ia hadir dengan sistem bantuan ADAS yang terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif, Brek Kecemasan Autonomi, Amaran Perlanggaran depan/belakang, Bantuan Tukar Lorong, Titik Pemantau Buta dan banyak lagi. 

Jika berminat untuk mendapatkan EV paling murah di Malaysia ini, segeralah tempah!






Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPX4936

SELANGOR

BSJ7826

JOHOR

JYK3816

PULAU PINANG

PRV3385

PERAK

APC2139

PAHANG

CFD9272

KEDAH

KGC8013

NEGERI SEMBILAN

NEH4929

KOTA KINABALU

SJN4574

KUCHING

QAB4428M

Terakhir Kemas Kini 31 Oct, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.20

+0.06

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.95

+0.06

EURO 5 B7

RM 3.15

+0.06

Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

30-10-2025
Berita Auto

28-10-2025
Pandu Uji

28-10-2025
EV

27-10-2025
Kereta Baru

21-10-2025
Pandu Uji

17-10-2025
EV

15-10-2025
EV

15-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

EV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 5 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bemula RM56,800

Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

30-10-2025
Kereta Baru

Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500

Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.

30-10-2025
Kereta Baru

Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.

29-10-2025
Kereta Baru

iCAUR V23 Didedah, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM145,000

iCAUR Malaysia buat julung kalinya menayangkan iCAUR V23 dalam satu majlis pratonton yang diadakan di ibu negara, sebentar tadi.

29-10-2025
Kereta Baru

GAC M8 PHEV Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 1,038 KM, Dari RM328,800

Segmen MPV mewah di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan rasmi GAC M8 PHEV.

27-10-2025
Kereta Baru

Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.

22-10-2025
Kereta Baru

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.