Filipina Negara Pertama Di Dunia Lancar BYD eMAX 9 DM-i , Selepas Itu Mungkin Malaysia?

BYD Cars Filipina telah memperkenalkan BYD eMAX 9 DM-i di negara itu sekali gus menjadikan Filipina adalah pertama di dunia yang melancarkan MPV hibrid plug-in itu.
Dikenali sebagai BYD Xia di China dan M9 di beberapa pasaran antarabangsa terpilih, MPV tujuh tempat duduk premium ini merupakan kenderaan paling mewah BYD setakat ini, dan ada kemungkinan ia akan akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi.


Untuk makluman, eMAX 9 DM-i menggunakan sistem Super DM-i plug-in hybrid (PHEV) BYD dan hadir dalam dua varian iaitu Advanced dan Premium.
Kedua-duanya digabungkan dengan enjin petrol turbo 1.5 liter serta motor elektrik hadapan. Jentera ini mampu menghasilkan kuasa setakat 267 hp dan tork 315 Nm.
Varian Advanced dilengkapi dengan bateri Blade LFP 20.4 kWh, dimana ia menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 95 km, manakala varian Premium menggunakan bateri 36.6 kWh,pula boleh bergerak sejauh 170 km.
Bagaimanapun, jumlah jarak pemanduan keseluruhan melebihi 1,000 km, dengan sokongan pengecasan AC 7 kW serta DC fast charging — 41 kW untuk Advanced dan 73 kW untuk Premium.

Di Filipina, harga bermula pada PHP 2.678 juta (RM190,000) untuk varian Advanced dan PHP 2.998 juta (RM216,000) untuk varian Premium dimana ia jauh lebih murah berbanding Toyota Alphard yang dijual antara PHP 4–5 juta (RM290,000–RM360,000).
Pendek kata, eMAX 9 sebenarnya standing dengan Alphard, manakala Denza D9 pula standing dengan Lexus LM.


Menjengah bahagian kabinnya, ia menawarkan kabin yang agak mewah khususnya untuk varian Premium yang menampilkan kerusi kapten boleh laras dengan fungsi urutan dan pengudaraan, meja lipat, serta peti sejuk.

Ia turut dilengkapi dengan skrin sentuh 15.6 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta BYD Cloud Services, kemas kini OTA, kawalan suara, dan Wi-Fi.
Dengan ukuran 5,145 mm panjang, 1,970 mm lebar, dan 1,805 mm tinggi, serta jarak roda 3,045 mm, eMAX 9 sepadan dengan Alphard dari segi saiz dan apa yang penting ia menawarkan kos pemilikan yang agak berpatutan.
Buat masa ini, masih belum pasti sama ada ia akan hadir dengan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) atau sebaliknya.

Memandangkan kilang pemasangan CKD BYD di Tanjung Malim di jangka beroperasi tahun depan, maka model seperti eMAX 9 DM-i nampaknya berpotensi memainkan peranan penting dalam mengekalkan volum pengeluaran dan mempercepatkan pulangan pelaburan.

Jika BYD meneruskan haluan ini, eMAX 9 DM-i mungkin antara model hibrid yang akan dipasang secara tempatan, bersama-sama dengan BYD M6 EV MPV, bagi menyokong aspirasi serantau jenama itu dan peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP6710
SELANGOR
BST6147
JOHOR
JE690J
PULAU PINANG
PSF4736
PERAK
APL4145
PAHANG
CFH7023
KEDAH
KGJ204
NEGERI SEMBILAN
NEL7938
KOTA KINABALU
SJU467
KUCHING
QAB5461P
Terakhir Kemas Kini 12 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat