Jualan Kereta Turun 22% Pada Sept 2025, Ada Sebabnya!

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan bahawa jualan kenderaan baharu di Malaysia menurun sebanyak 22 peratus pada September 2025 berbanding Ogos lalu (74,479 Unit).
Berdasarkan data yang dikeluarkan, jumlah keseluruhan industri (TIV) bulan itu direkodkan sebanyak 58,490 unit, jauh lebih rendah daripada 74,479 unit yang dicatatkan pada Ogos 2025.

MAA berkata, jualan menurun daibulan ke bulan itu disebabkan bilangan hari bekerja yang lebih sedikit berikutan kehadiran beberapa cuti umum pada September, termasuk empat hari yang menjejaskan operasi bilik pameran dan proses pendaftaran kenderaan.
"Selain itu, ramai pembeli mengambil sikap 'tunggu dan lihat' menjelang pembentangan Belanjawan 2026. Tidak kurang juga ramai pembeli menangguhkan keputusan pembelian kenderaan berikutan ketidakpastian mengenai rasionalisasi subsidi petrol yang dijangka diumumkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Bagaimanapun, MAA menjangkakan jualan kereta akan kembali pulih pada Oktober, dengan momentum dijangka meningkat menjelang hujung tahun.
"Ia susulan daripada pengumuman Belanjawan Negara yang menyatakan tiada lanjutan pengecualian cukai bagi kenderaan elektrik import sepenuhnya (CBU BEV)sekali gus akan meningkatkan permintaan terhadap BEV sehingga akhir tahun.
"Jualan kereta dijangka pulih sepanjang bulan ini disebabkan empen promosi hujung tahun yang dijalankan oleh pengeluar kenderaan," jelasnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV5675
SELANGOR
BSU6048
JOHOR
JG3756J
PULAU PINANG
PSG7597
PERAK
APM4804
PAHANG
CFJ2290
KEDAH
KGJ5865
NEGERI SEMBILAN
NEM3916
KOTA KINABALU
SJU6944
KUCHING
QAB8290P
Terakhir Kemas Kini 26 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge