ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MG Motor Dedah MG5 X Edition dan MG4 101 Edition

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

MG Motor Malaysia sudah membuka tempahan untuk model terbaharunya, MG5 X Edition yang cuma berharga RM96,388 dan edisi eksklusif ini hanya ditawarkan kepada 300 pemilik pertama.

Model ini menampilkan kemasan gloss black pada bampar hadapan, belakang dan sisi, spoiler but, scuff plate X Edition, serta MG dashcam dengan kad SD 64GB. Semua aksesori ini dilindungi waranti selama satu tahun.

Bagi meraikan ulang tahun ke-101 MG, jenama ini turut memperkenalkan MG4 101 Edition, versi istimewa daripada hatchback elektrik pemenang anugerah MG4.

image.pngimage.png

Edisi ini menampilkan reka bentuk bumbung Union Jack yang ikonik serta pelekat “One of one” sebagai tanda peringatan khas. Ia ditawarkan secara eksklusif untuk varian MG4 Lux Extended dalam warna Dynamic Red dan Holborn Blue, dengan reka dalaman dua tona yang elegan.

Susulan itu, MG Motor Malaysia akan menayangkan dua edisi terhad ini di Roadshow ‘Dare to Love MG’ yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya (Aras LG, West Court) dari 29 Oktober hingga 2 November ini.

Bagi memeriahkan lagi sambutan, MG Motor Malaysia memperkenalkan promosi akhir tahun yang menarik untuk keseluruhan rangkaiannya.

MG5 kini hadir dengan rebat tunai RM8,000, manakala MG HS menawarkan rebat lebih besar RM12,000 .

image.pngimage.png

Pelanggan juga boleh memilih Ultimate Financing, yang menawarkan enam bulan ansuran percuma bersama rebat tunai tambahan, menjadikan sekarang masa terbaik untuk memiliki MG.

Bagi mereka yang mencari pemanduan elektrik yang mengujakan, MG4 kini ditawarkan pada harga RM100,888 untuk MG4 Lux, RM128,888 untuk MG4 Lux Extended, dan RM138,888 untuk MG4 XPower berprestasi tinggi.

Setiap pembelian MG4 didatangkan dengan pemasangan pengecas AC Wallbox 7kW percuma 2 atau kredit pengecasan, dengan penjimatan sehingga RM10,000 untuk varian MG4 XPower dan MG4 Lux Extended, serta RM7,000 untuk MG4 Lux.

Selain itu, harga MGS5 EV kini cuma RM107,900 untuk COM, RM117,900 (COM Long Range), dan RM127,900 untuk LUX Long Range.

Semua varian hadir dengan Ultimate Ownership Package, menawarkan penjimatan sehingga RM10,000 termasuk pengecas AC Wallbox 7kW percuma 3 atau pilihan kredit pengecasan.

Bagi pelanggan yang membuat tempahan untuk MG Cyberster sepanjang acara ini akan menikmati pakej pengecasan tanpa had selama setahun bersama JomCharge dengan fungsi AutoCharge, pengecas AC Wallbox 7kW percuma 4 , serta model diecast MG Cyberster edisi terhad eksklusif.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM6421

SELANGOR

BST2457

JOHOR

JD1649J

PULAU PINANG

PSF1146

PERAK

APK9676

PAHANG

CFH5430

KEDAH

KGH7291

NEGERI SEMBILAN

NEL5750

KOTA KINABALU

SJT7035

KUCHING

QAB4551P

Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.

26-08-2025
EV

Sudah Dilancar Di UK, Adakah MG IM5, IM6 Bakal Menyusul Ke Malaysia, Kemungkinan YA!

MG IM5 dan IM6 kini dijual di UK, masing-masing bermula pada harga £39,450 (RM227,144) untuk IM5 dan £47,995 (RM276,344) untuk IM6.

11-07-2025
Berita Auto

SAIC Motor Perluas Rangkaian Pengedar MG

SAIC Motor Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi empat lagi pengedar MG Motor, baru-baru ini.

11-10-2024
EV

Bateri EV Tercanggih Setakat Ini Bakal Digunakan Pada MG Cyber GTS? – Pelancaran 2025 Nanti

SAIC mengesahkan bahawa model MG terbaru yang akan dilancarkan pada suku kedua 2025 bakal menggunakan bateri keadaan pepejal.

09-09-2024
Global

SUV MG ZS Generasi Kedua Didedahkan – Sistem Hibrid Lebih Baik

MG Motor akhirnya mendedahkan segenap sudut SUV MG ZS generasi kedua.

30-08-2024
Kereta Baru

Pratonton MG ZS EV: Capai 320 KM, Dari RM129K

Ini spesifikasi MG ZS EV yang bakal dilancarkan di Malaysia tak lama lagi.

28-02-2024
Kereta Baru

Pratonton MG4 EV: 4 Varian, Capai 520 KM, Harga Dari RM104K

Ini dia spesifikasi terperinci MG4 EV yang bakal masuki pasaran tempatan tak lama lagi.

28-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.

26-08-2026
Berita Auto

Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.

26-08-2026
Berita Auto

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto

2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.

26-08-2026
Berita Auto

Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.

26-08-2026
Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.